berita

Sarimah Ibrahim Selamat Diijabkabulkan Dengan Tunku Jamie

April 2nd, 2015 | by Ai
Kini Trending

20150502sarimah.transformed_0

Alhamdulillah, dengan sekali lafaz Sarimah Ibrahim sah bergelar isteri kepada cucu Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar, jam 12.38 tengah hari tadi.

Menurut laporan Berita Harian, Sarimah dan Tunku Jamie dinikahkan jurunikah dari Istana Negara, Ustaz Nik Ridzuan Nik Mohamad dengan disaksikan wali-bapa Sarimah, Ibrahim Ahmad.

Majlis pernikahan yang bertemakan tradisional dan kemelayuan tersebut diadakan di Hotel Prince, Kuala Lumpur.

Pihak pengantin perempuan menerima tujuh dulang hantaran berbalas jumlah yang sama kepada pengantin lelaki. Sarimah turut menerima mas kahwin sebanyak RM6,000.

Screen Shot 2015-04-02 at 13.53.05

Sekadar mengimbas kembali, Sarimah dan Jamie berkenalan selama sembilan bulan sebelum membuat keputusan untuk bertunang pada 27 September tahun lalu.

Screen Shot 2015-04-02 at 11.46.39

Untuk pengetahuan, ini bukan perkahwinan pertama mereka memandangkan Sarimah pernah berkahwin dengan jejaka Australia, Amir Andrew Abdullah pada 2006 tetapi bercerai pada penghujung Disember 2008.

Manakala, Jamie pula yang berstatus duda tanpa anak juga pernah berkahwin dan sudah bergelar solo ketika bertemu selebriti berkenaan 13 bulan lalu.

SKIP THIS AD ×