berita

Saya Bukan Nak Berahsia – Akim Ahmad Sorok Status Cinta Kerana Sensitiviti

April 28th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

PC-Liga-Lawak-Superstar-13-630x420

Rasanya pasti semua sudah tahu mengenai kisah percintaan pasangan kelahiran program realiti Akademi Fantasia iaitu Akim Ahmad dan Stacy Angie bukan?

Walaupun masih belum ada sebarang pengumuman rasmi mengenai status hubungan mereka, berita kononnya Akim merancang untuk menamatkan zaman bujang diusia muda menguatkan lagi andaian peminat mengenai hubungan selebriti ini.

Artikel Berkaitan: Akim Ahmad Sasar Kahwin Tahun Hadapan

Malah, melalui laporan Kosmo! semalam,  Akim mengakui Stacy adalah wanita yang bertakhta dihatinya kini, tetapi sebelum ini mereka terpaksa merahsiakan hubungan tersebut demi tidak melukakan hati keluarga.

AkimstacyAkim dan Stacy kini lebih terbuka dengan soal cinta

Saya bukan mahu sangat berahsia atau takut untuk memberitahu umum tetapi bercakap mengenai soal percintaan yang berlainan agama merupakan isu sensitif.

Saya dan Stacy enggan melihat kedua-dua ibu bapa kami terluka apabila mengetahui perkara ini. Kami perlukan masa yang sesuai untuk mereka memahami perkara yang sebenar supaya tidak salah anggap.

Dalam pada itu, Akim berkata, status agama Stacy bukanlah penghalang untuk dia terus berkawan dengan gadis tersebut. Malah sebelum ini, Akim pernah mengakui dia banyak berkongsi ilmu agama dengan pujaan hatinya itu.

Artikel Berkaitan: Akim Kongsi Ilmu Agama Dengan Stacy

Menyentuh perkembangan terbaru, Akim kini baru sahaja merakamkan single terbaru yang berjudul Mewangi. Selain itu, dia juga sedang sibuk dengan beberapa penggambaran drama yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.

SKIP THIS AD ×