berita

Saya Bukannya Kekasih Dia! – Nad Zainal Komen Gosip Serang Hefny Sahad

August 21st, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

Nad-Zainal1

Haih. Pening kami dengan pasangan ni. Iyalah, kejap ada orang kata bercinta, ni tiba-tiba si gadis kata bukan kekasih si dia, mana satu betul ni?

Korang jangan pelik pulak, sebenarnya kami sedang tertanya-tanya status hubungan pelakon comel Nad Zainal dan ‘kekasihnya’ Hefny Sahad. Rasanya sebelum ini mereka pernah mengaku bercinta.

Artikel Berkaitan : Nad Zainal & Hefny Sahad Akui Bercinta, Azwan Kombos Pasrah

Tiba-tiba, terkejut kami membaca kenyataan Nad di mStar Online. Mana taknya, Nad sendiri mengakui dia dah Hefny bukan pasangan kekasih. Aik! Macam mana tu? Bukan ke sebelum ni bukan main bahagia lagi?

nadd

Nak dijadikan cerita, baru-baru ini timbul khabar angin kononnya Nad menyerang Hefny di lokasi penggambaran dan disaksikan oleh kru-kru drama Maaf Jika Aku Tak Sempurna terbitan Zeel Productions yang dilakonkan oleh jejaka itu.

Betul atau tidak jom ikuti penjelasan tuan badan sendiri. Iyalah, kalau tak ada angin, masakan pokok bergoyang kan? Dalam masa yang sama Nad turut menerangkan status sebenar dia dengan Hefny tau!

Dakwaan mengatakan saya serang Hefny mengarut dan tidak berasas kerana saya tidak pernah melakukan perbuatan itu.

Lagipun siapa saya mahu serang dia? Saya bukannya kekasih dia! Benar kami rapat dan masih mengenali hati budi masing-masing tetapi kami belum sampai ke tahap bercinta.

Sudah-sudahlah, tiada motif pun saya nak bergaduh dengan dia.

Lagi satu saya ingin tegaskan di sini, ramai yang keliru apabila kami dianggap  bercinta tetapi hakikatnya kami baru nak kenal hati budi. Belum lagi jadi pasangan kekasih. Sehingga kini, saya mahupun Hefny boleh keluar dengan sesiapa sahaja yang kami mahu.

Haa, macam mana? Kes serang tak betul, isu bercinta pun tak betul. Yang buat kami tertanya-tanya, jika bukan Nad yang dilihat menyerang aktor tersebut dilokasi, siapa gerangan individu tersebut ya?

Hmm, tak apalah Nad, jika ada apa-apa yang berlaku diantara Nad dan Hefny, kami harap masing-masing dapat berbincang. Maklumlah, dua-dua dah besar dan boleh berfikir.

Kredit Foto : Instagram Nad Zainal

SKIP THIS AD ×