berita

Saya Cuma Jalankan Tuntutan Rancangan! – Didakwa Aibkan Peniaga Kopiah, Dato Aliff Menangis Minta Maaf

January 25th, 2017 | by Ai
Isu & Kontroversi

cover aliffsyukri

Masih hangat nampaknya isu abang kopiah yang didakwa ‘diaibkan’ dalam sebuah episod #OhAbangKosmetik yang memaparkan jutawan kosmetik popular, Dato Aliff Syukri sebagai teraju utama. Kenyataan balas lelaki berkopiah tersebut telah membuatkan netizen berang dengan tindakan Dato Aliff yang dianggap agak keterlaluan. Boleh baca artikel terdahulu tentang isu ini bagi mereka yang inginkan pencerahan.

Artikel berkaitan: Didakwa ‘Diaibkan’ Dalam Rancangan #OhAbangKosmetik, Peniaga Kopiah Jelaskan Perkara Sebenar

Malam tadi Dato Aliff telah memuatnaik satu video di laman Instagramnya. Apa yang menarik perhatian, beliau menitiskan air mata dalam ucapan yang dibuatnya itu! Kenapa Dato Aliff sampai menangis ni?

“Saya Hanya Menjalankan Tugas, Tuntuan Kerja Untuk Rancangan Tersebut”

Screen Shot 2017-01-25 at 12.52.08 AM

Assalamualaikum. Saya mengambil kesempatan ini, untuk membuat permohonan maaf secara terbuka atas apa yang telah terjadi. Terutama sekali kepada Saudara penjual Kopiah yang tersinggung dengan kenyataan saya dalam rancangan tersebut. . . Saya juga ingin mengucap berbanyak-banyak terima kasih kepada anda semua atas teguran yang membina. Saya ambil ini sebagai pengajaran untuk diri saya. Saya juga berharap agar anda semua terus menyokong saya kerjaya saya dan menyokong program ini. Sekali lagi saya ingin memohon maaf pada semua yg terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. . . Yang baik itu datang daripada Allah, dan yang kekurangan itu datang dari diri saya sendiri. Saya amat hargai sokongan moral anda semua. Terima kasih. Salam sayang dari #ohabangkosmetik sory saya lambat respon saya tak perasan jadi viral sebab tengah shooting filem @badangthemovie seharian . . Cc @raqimball @imanmustafa23 @fairilkhalil

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Ramai Kagum Dato Aliff Tak Malu Minta Maaf!

Screen Shot 2017-01-25 at 12.41.32 AM Screen Shot 2017-01-25 at 12.41.47 AM

Screen Shot 2017-01-25 at 12.43.20 AM

Screen Shot 2017-01-25 at 12.41.59 AM Screen Shot 2017-01-25 at 12.42.22 AM Screen Shot 2017-01-25 at 12.42.30 AM

Meminta maaf bukan satu perkara yang mudah tapi amat mulia untuk dilakukan! Bukan sahaja rakan artis, public figure, malah orang awam pun memuji tindakan Dato Aliff membuat permohonan maaf secara terbuka. Buang yang keruh ambil yang jernih. Kan elok macam tu, kan?

Sumber: aliffsyukriterlajaklaris

SKIP THIS AD ×