berita

Saya Jenis Tak Suka Dia Bising – Zain Turut Apa Saja Kemahuan Che Ta. Suami Mithali!

August 21st, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

PC-Zain-Saidin-Rozita-Che-Wan-9-01-630x420

Agak lama juga kami tak update mengenai pelakon jelita Rozita Che Wan dan suaminya Zain Saidin kan? Kami lihat di Instagram baby bump Che Ta dah semakin kelihatan! Dah 7 bulan kan.

Namun, disebalik kegembiraan bakal menyambut kelahiran anaknya, ada khabar kurang enak yang kami terima. Kalau korang nak tahu, pada 1 Ramadhan yang lepas, Che Ta mengalami pendarahan kecil tau.

Namun syukur kerana tiada apa-apa yang buruk berlaku. Nasib baik Zain pantas mengambil tindakan dan menghantar Che Ta ke hospital.

Screen Shot 2014-08-21 at 10.37.10 AM

Dek kerana insiden tersebut, kami dengar Zain turutkan saja apa kemahuan Che Ta. Haaa, mestilah, siapa tak sayang bini oii. Hehe.

Menurut laporan Berita Harian, Zain memberitahu sejak kejadian tersebut, dia langsung tak mengizinkan Che Ta buat kerja berat-berat tau. Berdiri lama-lama pun tak boleh!

Kejadian ini tak silap saya berlaku hari puasa pertama. Dia ada buat kerja siram pokok pada hari berkenaan. Selepas itu pada sebelah petang dia nak bersiap untuk ke majlis berbuka puasa ada sesuatu yang terjadi.

Berlaku pendarahan kecil dan kami segera ke pusat perubatan Prince Court untuk mendapatkan pemeriksaan. Kami mendapatkan rawatan susulan keesokan hari kerana doktor yang perlu dirujuk tiada pada hari pertama.

Alhamdulillah pada hari ketiga pendarahan sudah tak ada. Mulai dari itu, saya tak izinkan lagi dia buat kerja berat. Berjalan atau berdiri lama pun saya tak izinkan kerana bimbang kaki bengkak.

Screen Shot 2014-08-21 at 10.42.32 AM

Beruntungya Che Ta dapat suami yang memahami. Dilayan bak permaisuri uols. Cewah! Nak tahu apa rutin Che Ta sejak mengandung?

Zain kata isterinya itu kuat membebel sejak mengandung, Zain pun apa lagi, selalu la membantu Che Ta. So sweet!

Saya pula jenis tak suka dia bising. Saya cuba menurut apa saja kehendaknya. Macam dia pernah mengadu sakit belakang sebab membawa perut, lalu saya dapatkan dia bantal khas yang dibeli secara dalam talian.

Membebelnya menjadi jadi sebab saya pula jenis yang suka melengahkan kerja. Buat kerja bila disuruh saja dan dia saja kena ingatkan saya untuk buat itu ini. Pemandu dia lambat jemput pun mulalah membebel. Kesannya orang berdekatannya pun dibebelkannya.

Itulah kisahnya. Apapun, kami di OHBULAN! sentiasa mendoakan kandungan Che Ta dalam keadaan baik. Kami pun teruja nak tengok anak Che Ta yang Pan-Asian ni. Hehe.

Kredit Foto : Instagram Che Ta

SKIP THIS AD ×