Saya Mahu Tampar Awie - Erra Fazira - OHBULAN!

berita

Saya Mahu Tampar Awie – Erra Fazira

January 24th, 2014 | by Noraniza | 8 comments
Isu & Kontroversi

SIDANG MEDIA KONSERT TEATERIKAL SUARA KITA AWIE – ERRA – ZIANA-31

Diberi jolokan sebagai ‘Primadona Filem Melayu’, Erra Fazira bukanlah satu nama yang perlu diperkenalkan lagi. Walaupun usianya bakal menginjak ke angka 40 pada Februari depan, bekas ratu cantik itu masih kekal anggun seperti di awal penampilannya dalam industri.

Jangan panik ya. Ketika ditemubual semalam, Erra Fazira hanya mahu ‘menampar’ Awie demi menjayakan konsert teaterikal ‘Suara Kita’ yang bakal menemui peminat di Panggung Sari, Istana budaya bermula pada 3 Mac depan.

SIDANG MEDIA KONSERT TEATERIKAL SUARA KITA AWIE – ERRA – ZIANA-44Erra Fazira bakal berganding dengan Awie dalam konsert teaterikal ‘Suara Kita’

Menurut Erra Fazira, adegan dalam filem ‘Sembilu’ itu merupakan adegan paling signifikan dan dia juga tidak sabar untuk melakonkan babak untuk semula.

“Saya rasa semua orang menantikan babak itu, sebab bila bercakap pasal filem ‘Sembilu’, mereka pasti akan ingat babak masterpiece itu. Jadi babak itu wajib.”

Erra Fazira yang baru-baru ini tercalon dalam kategori Pelakon Filem Wanita Popular bagi Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 (ABPBH 2013) tidak menafikan bahawa wujud kegusaran di hatinya untuk kembali berlakon bersama bekas kekasihnya itu memandangkan masih-masih sudah berumahtangga.

“Saya tidak pernah membayangkan kembali bergandingan dengan mereka dan satu kegusaran pertama saya ialah untuk menjaga hati semua pihak, tetapi bila dah diyakinkan oleh isteri, keluarga Awie dan pada bahagian saya juga, ianya sudah terlerai.”

SIDANG MEDIA KONSERT TEATERIKAL SUARA KITA AWIE – ERRA – ZIANA-50Erra Fazira, Awie dan Ziana Zain kembali bergabung dalam konsert teaterikal ‘Suara Kita’

Ditanya jika Erra Fazira ada meletakkan syarat dalam lakonannya nanti, dia mengatakan bahawa perkara tersebut adalah tidak perlu kerana wanita jelita itu percaya bahawa masing-masing sedia maklum mengenai batasan mereka. Baginya, syarat yang remeh-temeh hanya akan menyusahkan semua pihak untuk berkarya.

“Kegusaran kedua saya ialah saya kena menjadi penyanyi semula, bergandingan pula dengan suara-suara yang hebat seperti Ziana dan Awie. Saya memerlukan rehearsal yang cukup. Bagaimanapun, saya akan cuba buat yang terbaik.”

Erra Fazira bakal mendendangkan beberapa buah lagu hitsnya seperti ‘Yang Terindah’ dan ‘Pasrah’ dalam konsert tersebut. Mahu tengok gambar-gambar terbaru Erra Fazira? OHBULAN! sediakan galeri khas untuk anda.

Noraniza

Noraniza

Content Champions at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

8 Comments

  1. Shhh says:

    owh bila teater ni yer

    (0)
    • Olga says:

      sejak bile erra ni boleh menyanyi???
      cuba dengar sikit dia nyanyi lagu I Will Always Love You atau pun plg2 koman lagu Listen?

      (0)
  2. nok gebuzzz says:

    hmmm…..erra ni mmg cantik….
    artis malaysia palig cantik walauponn sudah hampir 40an…………

    (0)
  3. SunShine says:

    Vokal EF ala2 joh. Cumer huntong coz bff ngn HabsahHassan, and ader few lagu die KakChah buat dan best. Paling teringat lagu nannaneraneraanenen…raaaaa…..

    (0)
  4. noname says:

    dah mcm muka rosmah mansur versi kurus dah aku nengok muke erra ni. plastik sgt dowh

    (0)
  5. jana says:

    kalau tak kerana mekap tebal,lama dah nampak garis2 ketuaan.

    (0)
  6. Kassim says:

    keh keh keh… Erra nak tampar abg long? berani ke?

    (-1)
  7. june says:

    Maunya x cantik…setahun 2x cuci darah…kt klinik kosmetik kt luar negeri

    (-1)