berita

Bade Tertekan Gosip Cerai Dengan Erma Fatima Jadi Hangat

August 28th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

ERMA FATIMA

Sekitar awal bulan lalu, khabar angin bertiup kencang mengatakan pengarah terkemuka, Erma Fatima dikatakan sedang cari peguam untuk memfailkan perceraian dengan suaminya, Bade.

Artikel Berkaitan : Isteri Kedua Bade Dikatakan Hamil, Erma Fatima Cari Peguam Untuk Fail Cerai?

Walaupun Erma sendiri sudah menjelaskan berita yang tersebar itu merupakan berita palsu, pengarah ini masih lagi dihimpit dengan gosip dan persoalan mengenai rumahtangganya.

Bagaimanapun, melalui laporan Malaysian Digest, suami Erma Fatima, Bade Hj. Azmi menjelaskan dia masih lagi suami Erma Fatima dan mengakui dia turut tertekan dengan khabar angin itu.

Erma-Fatima-Bayar-Rabecca-RM11200-Dengan-Syiling-5-Sen-ROTIKAYA

Korang mesti tertanya-tanya apa jawapan Bade kan? Hmm, kalau korang seorang suami, pasti faham perasaan Bade sekarang. Malas cakap banyak, nah, baca sendiri apa yang Bade kata.

Saya akui tertekan juga bila timbul cerita (gosip cerai) begini. Tapi relak sajalah dan tekanan itu saya simpan sendiri. Kalau ada yang kata saya kahwin lagi satu kerana nakkan anak, itu orang yang cakap bukan saya.

Apa yang orang nak cakap, saya tak boleh nak halang. Tapi, jangan lah dengar cakap orang atau pun apa-apa gosip. Saya masih lagi suami dia (Erma). Saya masih tetap jalankan tanggungjawab saya.

Bagi saya dan Erma, kami ni dah season (orang lama). Kami sudah masak dengan gosip dan khabar angin sebegini. Erma memang sifatnya suka bercakap, ada kalanya dia suka bergurau dan provok. Saya pula, banyak hati yang perlu saya jaga.

Bukan senang nak jaga hati semua orang. Jadi saya memilih untuk berdiam. Sebelum ini pun saya hanya buat satu kenyataan saja iaitu pengakuan yang memang saya berkahwin lagi.

Screen-Shot-2014-06-02-at-11.33.38-AM

Haa, itulah jawapan suami kepada pengarah terkenal ni. Baguslah kalau masing-masing masih boleh menyelesaikan masalah tanpa melalui perceraian.

Iyalah, rumahtangga Bade dan Erma dah mencecah 24 tahun rasanya, jadi sayang kan kalau bercerai begitu saja. Eh, kalau korang nak tahu, Erma serta anak-anak sudah berjumpa dengan madunya tau.

Cuma kata Bade kemesraan antara mereka masih belum terjalin rapat kerana belum betul-betul dapat meluangkan masa bersama dek sibuk bekerja.

Apapun, kami sentiasa mendoakan yang terbaik buat Erma dan Bade serta keluarga barunya. Tak lama lagipun Bade bakal menimang cahaya mata baru, mungkin bakal jadi pengikat kasih Bade, Erma dan Aida, siapa tahu kan?

Kredit Foto : Instagram Erma Fatima

SKIP THIS AD ×