berita

“Saya Rela Tunggu Miss Right” – Hans Isaac

January 25th, 2013 | by Ai
Kini Trending

Hans Isaac-1Umum tahu, gosip cinta diantara Hans Isaac dan juga selebriti sensasi, Neelofa masih menjadi tanda tanya dikalangan peminat. Pelbagai persoalan timbul dan jawapan yang diberikan dari kedua-dua selebriti ini sehingga kini masih belum menunjukkan tanda-tanda mereka serius bersama.

Menjawab pada isu yang masih belum menemui penamat ini, Hans Isaac ketika ditemui di majlis pelancaran filem “Lawak Ke Der 2” menjelaskan, dia dan Neelofa hanyalah sekadar sahabat rapat sahaja dan enggan bercerita lebih lanjut mengenai tahap hubungan mereka yang sebenar.

“Persahabatan itu sama saja, tak ada beza. Kami tak pernah cakap yang kami mempunyai hubungan intim ataupun tidak, cuma sahabat rapat saja,” ujar Hans memulakan perbualan.

Dia juga turut menyuarakan rasa kesal kerana gosip sebegini mungkin memberikan kesan negatif kepada filemnya yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

“Lofa dan saya ada filem yang akan dikeluarkan tak lama lagi, saya tak nak filem itu keluar dengan gosip murahan.

“Saya sendiri sudah bosan dengan cerita-cerita pasal saya,” tambahnya lagi.

Dalam pada itu, Hans yang kini sudah menginjak umur 42 tahun ini mengaku dia sememangnya mahu berkahwin.

“Saya memang hendak berkahwin tetapi soal kahwin bukan perkara yang boleh dibuat main-main. Saya mahu perkahwinan yang kekal, bukan bercerai-berai selepas tempoh tertentu. Saya rela tunggu Miss Right,” katanya.

Untuk pengetahuan, filem “Lawak Ke Der 2” yang dihasilkan melalui rakaman pementasan di Istana Budaya bakal menemui penonton pada 7 Mac ini. Antara barisan pelakonnya termasuklah Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik, Harith Iskander, Nabil, Johan dan Zizan Razak.

SKIP THIS AD ×