berita

Saya Sangat Terkejut! – Emma Maembong

December 18th, 2012 | by M
Isu & Kontroversi

“Ha? Saya bukan berada di Johor, kini saya berada di Shah Alam, baru je selesai photoshoot,” jelas pelakon jelita yang semakin popular di kaca TV, Emma Maembong atau nama sebenarnya, Fatimah Rohani binti Ismail, 20. Ya, itu lah harga yang perlu dibayar oleh pelakon muda ini apabila privasi serta identitinya telah disalahguna oleh pihak yang tak bertanggungjawab, baru-baru ini.

Perbualan rancak antara individu palsu itu melalui akaun Twitter @Emma_maembong40 & ‘peminatnya’ mendapat perhatian seorang blogger, Hazrey.com. Hazrey terus menghubungi pihak editorial OHBULAN! bagi mempersoalkan akan ketulenan twitter  Emma_maembong40 dan hasil siasatan mendapati akaun tersebut sememangnya telah disalahgunakan.

Tak silap lagi individu palsu ini cuba memperdayakan mangsanya dengan menyamar seolah-seolah bahawa dia adalah empunya diri yang sebenar. Semalam, seorang mangsa telah dimaklumkan akan kehadiran pelakon jelita ini di sebuah pusat membeli belah di selatan tanah air, atau lebih tepat di Plaza Angsana, Johor. Individu terbabit mendakwa kononnya hadir di plaza berkenaan untuk menemani teman lelakinya membeli belah. Mangsa yang lurus ini mempercayai aktiviti individu ini sehingga mengajaknya untuk berjumpa di sebuah kedai dipercayai adalah lokasi dia bekerja.

Sebentar tadi, Hazrey melalui sumbernya cuba memerangkap individu palsu ini di plaza berkenaan. Namun, individu palsu ini berdolak dalik untuk bertemu walaupun sudah berkali-kali dipujuk.

Kemudian, usaha Hazrey diteruskan dengan mengajak bertemu untuk makan malam. Kali ini, individu palsu itu turut mendakwa akan menjamu selera di Senibong (sebuah pusat makanan laut popular), Johor Bahru, bersama keluarga teman lelakinya yang didakwa bernama @Kid_Rainen7. Penelitian mendapati individu palsu ini mendakwa secara berterusan melalui Twitter palsu itu bahawa Kid adalah teman lelakinya.

Dan, selepas berjanji untuk berjumpa di Senibong, individu palsu terus berdolak dalik dan membatalkan pertemuan dengan pelbagai alasan.

OHBULAN! sempat menghubungi Emma Maembong yang ketika itu sedang menjalani sesi fotografi bersama kumpulan Karangkraf di Shah Alam, Selangor berkata bahawa dia sangat terkejut dengan tindakan pihak yang tak bertanggungjawab itu. “Saya sangat terkejut, tak sangka pula ada orang yang sanggup buat macam ni. Takut ada yang terperangkap sehingga boleh tergadai keselamatan mereka,” jelasnya.

Pada masa yang sama, OHBULAN! berpendapat pelakon drama ‘Cinta Itu Milikmu’ seharusnya membuat laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk tindakan lanjut.

Ketika artikel ini ditulis, individu palsu ini kelihatan begitu rancak membalas setiap tweet & pertanyaan daripada ‘peminatnya’ tanpa rasa sekelumit pun rasa bersalah atas tindakannya itu.

The following two tabs change content below.

M

Founder OHBULAN! yang kini bergiat secara serius dalam industri media & pengiklanan. Beliau membantu para klien mencapai pelanggan yang berpotensi melalui kempen pengiklanan secara menyeluruh dan berkesan.

SKIP THIS AD ×