berita

‘Saya Sangat Terkejut’ – Zizan Razak

November 26th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Menerusi majlis penganugerahan Shout Awards yang bertempat di Sunway Lagoon, Jumaat lepas, pelawak dan pengacara terkenal, Zizan Razak telah merangkul dua anugerah iaitu ‘Favourite TV Personality Award’ serta ‘Best On Screen Chemistry Award.’

Menurut Zizan, dia sendiri tidak menyangka dengan kemenangan pada malam tersebut dan menyifatkan ia sebagai satu hadiah yang bermakna buat peminat-peminat untuk dirinya.

“Saya rasa sangat terkejut. Ini adalah kali ke-2 saya menang. Memandangkan ini adalah undian daripada peminat-peminat, jadi saya anggap ia adalah hadiah untuk peminat-peminat buat diri saya,” ujar Zizan kepada pihak media.

Mengulas lebih lanjut mengenai kemenangan bersama Johan menerusi kategori ‘Best On Screen Chemistry Award,’ Zizan telah melahirkan rasa terkejut dan bersyukur dengan kemenangan tersebut.

“Untuk Jozan pun saya rasa terkejut. Ini adalah rezeki Allah dan saya rasa berbaloi sebab orang boleh terima lawak kami.”

“Walaupun saya lahir daripada ‘reality show’ dan jarang keluar di 8TV, nampaknya peminat-peminat boleh terima kehadiran saya dalam bidang ini.”

Memandangkan pada malam tersebut Zizan sedang berada di Shah Alam bagi membuat persembahan untuk gelanggang ‘Maharaja Lawak Mega,’ justeru itu dia telah mengetahui kemenangannya menerusi laman Twitter.

“Tengok dekat Twitter follower cakap saya menang. Jadi, habis je buat persembahan saya terus datang sini.”

“Sekarang ini Jozan perlu sedar lawak harus diperhebatkan lagi. Sebagai hadiah buat pengundi dan peminat, kami akan buat lawak yang terbaik selepas ini.”

Berkongsi mengenai keserasian yang diperoleh oleh pasangan Jozan, pelawak ini akui kesefahaman dan perbincangan yang berterusan dapat melahirkan lawak yang bagus serta mampu memberi impak yang besar buat pendengar.

SKIP THIS AD ×