berita

“Saya Sendiri Tidak Tahu Bila Akan Bertunang” – Fouziah Ghous Nafi Isu Tunang

April 23rd, 2012 | by Ell | 6 comments
Kini Trending

Kecoh disebuah blog gosip tempatan apabila khabar angin bertiup mengatakan bahawa Fouziah Ghous akan bertunang pada bulan Jun ini.

Blog tersebut turut menyatakan bahawa Fouziah Ghous akan bernikah pada bulan Januari 2013 namun ini semua dinafikan oleh Fouziah sendiri dalam temubualnya bersama sebuah akhbar Kosmo.

“Saya sendiri tidak tahu bila akan bertunang. Orang yang beri kenyataan itu cukup hebat kerana lebih tahu tentang perkara yang saya sendiri belum tahu,” katanya.

Sebelum ini, Fouziah Ghous pernah dikaitkan dengan seorang VIP dipercayai orang kuat sebuah stesen televisyen. Namun, Fouziah menafikan juga khabar angin itu dalam laman Twitter-nya. Khabar angin yang tersebar lagi sekali ini menyebabkan Fouziah merasa kecewa terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh blog gosip tempatan tersebut kerana ianya dikeluarkan tanpa bertanya dirinya terlebih dahulu.

“Jika tidak pasti, sahkan dengan saya dahulu dan bukannya buat andaian bukan-bukan sebegini dan seterusnya mengelirukan semua pihak,” katanya.

sumber : Kosmo

Ell

Ell

Editor at M Driven Sdn Bhd
A marketing student who suddenly throw himself into a world of entertainment. He start himself zero and now you can call him a hero. Wuuuu!

6 Comments

  1. Allen Walker says:

    hehehe harap2 kita tau lah cepat bile dia nak tunang… teringin gak tengok siapa VIP tu ;)

    (0)
  2. Cici says:

    takyah nk sorok2 lah Pojiah oiiii… org dh tau hg tgh hangat bercinta ngan Datuk Seri Farid Ridhuan tuuu….

    (0)
  3. kirana says:

    datuk seri farid redzuan….

    mmg muke ko je la pas ni kuar tv…ke dah xleh kuar tv g sbb dh jd vvip gak?….

    (0)
  4. gila oreo says:

    menawan btol!! :D

    (0)