berita

Saya Sudah Minta Kebenaran Isteri – Awie

January 24th, 2014 | by Noraniza | 17 comments
Isu & Kontroversi

Saya Sudah Minta Kebenaran Isteri   Awie

Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi rock berbadan sasa ini? Selain berbakat besar dalam bidang nyanyian, namanya juga cukup sinonim dengan watak-watak hero yang menjadi igauan gadis era 90an. Filem Sembilu, Maria Mariana, Merah dan lain-lain lagi merupakan signifikan dalam kariernya.

Dalam perkembangan terbaru, Awie bersama Erra Fazira dan Ziana Zain bakal bergabung bagi menjayakan Konsert Teaterikal ‘Suara Kita’ yang dijangka akan mengembalikan nostalgia era tersebut.

Namun, idea untuk bergandingan semula bersama Erra Fazira telah mengundang pelbagai pertanyaan. Adakah Awie dan Erra mampu kembali bersama sebagai pasangan kekasih di layar perak? Bagaimana pula dengan perasaan pasangan masing-masing?

Saya Sudah Minta Kebenaran Isteri   Awie

Awie dan Erra bakal digandingkan dalam Konsert Teaterikal ‘Suara Kita’

Ketika ditemubual di sidang media konsert tersebut, Awie memberitahu bahawa dia sudah meminta kebenaran daripada isterinya, Rozana Misbun untuk bergandingan bersama bekas kekasihnya itu.

“Awal-awal lagi saya sudah berbincang dengan isteri mengenai perkara ini. Malah daripada mula idea ini tercetus saya sudah beritahu dia. Dia memang meminati Erra dan Ziana. Jadi, tiada masalah untuk saya bergandingan dengan mereka. Kami semua profesional.”

Sedia maklum akan timbul isu mengenai kisah silamnya dengan Erra, Awie mengatakan bahawa masing-masing kini sudah memiliki keluarga dan tujuannya mengadakan konsert tersebut adalah semata-mata untuk terus berkarya dalam industri di samping mengembalikan saat kegemilangan filem era 90an.

Saya Sudah Minta Kebenaran Isteri   AwieKonsert Teaterikal ‘Suara Kita’ bakal menemui penonton pada 3 Mac depan

“Dalam kerjaya kena berlaku adil dan ada sikap keterbukaan untuk menerima dan memberi. Kalau kita boleh memberi satu persembahan seperti ini, kita perlu menerima apa yang mereka ingin katakan. Dan saya menerima apa sahaja kritikan yang baik mahupun yang buruk.”

Konsert Teaterikal ‘Suara Kita’  bakal menampilkan kelainan dengan menggabungkan nostalgia daripada 5 buah filem box office iaitu Sembilu, Sembilu 2, Maria Mariana, Merah dan Tragedi Oktober’ dalam satu jalan cerita.

Kolaborasi 3 orang bintang ini akan dipentaskan selama 7 hari bermula pada 3 Mac hingga 9 Mac depan di pentas Panggung Sari, Istana Budaya dan tiket boleh didapati di www.ticket2u.biz.

Noraniza

Noraniza

Executive Journalist at OHBULAN!, a degree holder in Journalism, currently taking master in Masscommunication & still learning to be an AWESOME journalist. Well, I am who I am. Im weird, lame, terribly complicated, run into things, spill food, trip, laugh in serious moment, scream about random & stupid stuff. But, I like it that way. Oh btw, I LOVE my job too!

17 Comments

  1. diansofea says:

    BEDAH nie mmsti xde laki lg kan..tue yg lancar jer taip TAKUT BINI..for ur info cik BEDAH..ni bru leh wt laki..nk wt ape bende pn msti la di bawa berbincang bknnya TAKUT BINI..ngekkkk!!!

    (0)
    • Bedah says:

      hahahaha.. Sentap!
      Ni lah masalah org pompuan, cepat beno melompat walaupon dgn isu yg tak berkaitan…
      Anyway, mazhab mano ajar lelaki kna mintak izin wanita?

      (0)
      • APTB says:

        CIK BEDAH NI SAME MCM OH BULAN MESTI TAK PAHAM AYT AWIE.. ‘BERBINCANG’ DGN ‘MINTA KEBENARAN’ KAN? DLM HUBGN SUAMI/ISTRI PERLU LA ADE PERBINCANGAN.. BUKAN AWIE MINTA KEBENARAN… SLUM KELUAR STATEMENT PHMKN DULU AYT ORG… MMG DLM MAZHAB TAK SEBUT… TP BILE DAH BERUMAHTANGGA DINASIHATKAN LEBEIH ELOK BERBINCANG DULU SBLM NK BUAT APE2 KEPUTUSA. BARULA XDE SALAH PHM. HARAP MAKLUM YE CIK BEDAH… :)

        (1)
  2. Bedah says:

    owhh TB!!!
    Takut Bini!
    NEXT!!!

    (0)
  3. jejai says:

    bukan takut bedah…hormat pasangan, bagus la gitu

    (0)
    • Olga says:

      jadah OB ni tang mana ntah SASA nye c Awie ni! perut boroi je iols tengok!

      oh btw, Awie & masing2 ada badi dgn diri masing2..
      Awie kawin dua kali bercerai sekali.. erra pun kahwin dua kali bercerai sekali! tp awie ni kire masih stay dgn bini yg ke dua ni lg.. c erra plak dh bercerai dgn Engku!

      (0)
  4. HAINI says:

    Awie bukan takut isteri, hanya kasi tau supaya tak ada orang lain yang dengki buat mulut cerita lain… all of them professional… sama2 dalam 1 industry.

    (0)
  5. Bedah says:

    Wow! Hebat uols uols taw dia tak takut bini..

    (0)
  6. Laydee Leo says:

    Salute pat isteri awie, semoga awie tk mengambil kesempatan yer….

    (0)
  7. aisyah says:

    Tabik sgt kat dorg…. hebat…. profesional sgt..suke tgk

    (0)
  8. kak long kawasan says:

    Jangan cakap la bini awie x jeles..penipu besor la klu dia x jeles..tempat jatuh lagi di kenang inikan pulak tempat bertenggek!! Tp kira ok la bila awie awal2 kawtim bini dia…

    (0)
  9. TIM says:

    AKU PEMINAT AWIE,MASA KONSERT ARTIS SAMBUT TAHUN BARU HARAPKAN AWIE AJE MENYANYI PALING SEDAP,YG LAIN2 KELANGIT N KELAUT SEMUA,AWIE TETAP NO 1

    (0)
  10. kesian says:

    kesian kat korg. Diorg bertiga ok je korg pulak susah2 nak pkir… Byk2 beristifar. Yg penting truskan bsangka baik n bdoa atas kebahagian org lain

    (0)