berita

“Saya Tidak Melakukan Perkara Terkutuk Itu” – Scha Al Yahya Jawab Isu Dituduh Mencuri

October 19th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Scha Al Yahya atau nama sebenarnya Sharifah Norazean Syed Mahadzir, 29, mangakui rasa tertekan apabila namanya dan suami, Awal Ashaari dituduh mencuri pakaian yang bernilai RM2,000 di sebuah gedung pakaian jenama terkenal.

Menurut aktres cantik ini, hal tersebut benar-benar menjejaskan reputasinya dan suami, meskipun mereka tidak melakukan perkara sedemikian.

“Saya pening sebenarnya. Ada yang mengatakan saya yang mencuri pakaian jenama itu dan ada yang kata Awal yang melakukan perbuatan itu.”

“Walaupun saya tahu untuk orang mempercayai penjelasan saya sangat sedikit, tetapi saya mahu katakan bahawa saya tidak melakukan perkara terkutuk itu, tidak mungkin.”

“Perkara ini benar-benar membuatkan saya tertekan kerana nama saya sudah tercalar,” ujar Scha kepada pihak mStar Online hari ini.

SKIP THIS AD ×