berita

Saya Tidak Mendapat Kerjasama Daripada… – Abby Abadi Buat Laporan Polis

August 27th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

punca-penceraian-cerai-abby-abadi

Walaupun sudah tidak lagi bergiat aktif sebagai anak seni, nama Abby Abadi tidak pernah hilang daripada kontroversi dan apa sahaja perlakuannya sudah pasti akan mendapat perhatian media.

Sebelum ini, Abby pernah menjadi tumpuan pihak wartawan apabila kes perceraian dengan bekas suaminya berlarutan sehingga dia dikatakan sengaja mencari publisiti murahan.

Namun, semalam sekeping foto Abby sedang membuat laporan polis telah menarik perhatian para followers instagramnya dan kebanyakan mereka merasakan bahawa ia berkaitan dengan bekas suaminya. Betul ke?

Screen Shot 2014-08-26 at 9.16.26 PM

Foto yang dimuat naik oleh Abby Abadi

Buat yg berkenaan ???? Laporan Polis telah dibuat…. Sy terpaksa kerana tidak mendapat kerjasama dr dot dot dot…. Siapa? Biarlah Sy rahsiakan dulu buat masa ini yer…. Sy bagi ruang & peluang sebaiknya utk selesaikan dgn Sy je….. ‘dia itu’ buat mcm tiada apa2 yg berlalu.. cal tak berangkat, msg tak berbalas. Sy tiada cara lain. Tindakan Undang2 yg terbaik. Harap yg berkenaan beri perhatian yer……….. Janji bulan puasa nk selesaikan… tiada. Bulan raya janji lagi… tiada juga. Sudahnya……… Maafkan Sy. Masih ada peluang lagi ni… Cal atau msg Sy dengan kadar segera yer ????

Ha.. agaknya Abby tak dapat kerjasama daripada siapa ya sampai kena buat laporan polis? Persoalan yang sama turut ditujukan oleh para peminat Abby di laman Instagramnya.

Pada pendapat kami, kes ini mestilah kes yang serius. Kalau kes biasa-biasa, takkan sampai buat laporan polis kan? Hurm.. apapun, kita tunggulah follow up kes ni nanti!

Kredit foto: Instagram Abby Abadi

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×