berita

Sayunya Hati Lihat Video Anak Linda Rafar Menangis Rindukan Arwah Memen

July 11th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2014-07-11 at 12.41.04 AM

Tanggal 5 Julai 2014 sudah pasti tidak akan dilupakan oleh Linda Rafar apabila anak keduanya yang menghidap ketumbuhan kronik dalam perut telah disahkan meninggal dunia sekitar jam 6 petang.

Artikel Berkaitan: Anak Linda Rafar Hembuskan Nafas Terakhir Hari Ini Selepas Bertarung Dengan Ketumbuhan Kronik

Penyakit Allahyarham Rezaimen Kefli atau lebih mesra dipanggi Memen mula dikesan sejak bulan April yang lalu dan sedang menjalani rawatan lanjut di hospital. Namun, ternyata Allah SWT lebih menyayanginya.

Semalam, sebuah video adik Memen, Syed Arriq yang sedang menangis teresak-esak dek kerana merindukan arwah abangnya telah menyentuh hati semua followers Instagram Linda Rafar. Sayu sangat hati ini bila si anak kecil itu bagaikan memahami bahawa abangnya itu sudah tiada.

memen

Diari Memen yang menyayat hati

Beberapa hari yang lalu, Linda turut berkongsi diari arwah yang mengandungi maklumat rawatan yang dilaluinya. Lebih menyayat hati, arwah juga dilihat menulis tentang sikap adik beradiknya dalam diari yang sama.

Sememangnya hubungan mereka 4 orang adik beradik dilihat tersangatlah akrab dan sudah tentu mereka lebih mengenali antara satu sama lain.

Dalam pada itu, Linda juga dilihat menjemput sahabat terdekatnya untuk menghadiri majlis kenduri tahlil hari ke-7 buat arwah esok.

Apapun, diharap agar Linda dan keluarga bersabar dengan dugaan ini dan sama-sama kita doakan agar arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.

Kredit foto: Instagram Linda Rafar

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×