berita

Scha Alyahya Duta Baru Avon Ganti Fazura

October 30th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Terkenal dengan penjelmaan menerusi selebriti, produk rangkaian kosmetik Avon ini sekali lagi tampil memperbaharui penjenamaannya dengan melantik aktres yang bersuamikan pengacara popular Awal Ashaari iaitu Scha Alyahya untuk menjadi duta dan jurucakap untuk kesemua produk haruman terbaru Avon sekaligus menggantikan tempat aktres jelita, Fazura.

Demi memperkukuhkan jenama produk komestik Avon, Neelofa juga bergabung membantu Scha Alyahya untuk mengalas tanggungjawab yang diberikan. Cuma yang membezakan adalah bidang tugas dimana Scha ditugaskan untuk duta produk haruman Avon manakala Neelofa pula duta untuk produk kecantikan dan make-up yang lebih dikenali sebagai Avon Colors.

Selain daripada menjadi duta produk Avon, Scha Alyahya juga merupakan duta kepada produk kecantikan Bio- Essence, Petronas dan juga produk mee segera, Maggi.

SKIP THIS AD ×