berita

Scha & Awal Di Pelancaran Butik H&M

September 24th, 2012 | by Ai
Make-It-Senang

Kehadiran francais terbesar dunia fesyen dari Eropah iaitu H&M bakal menghiasi lilitan tubuh anda dengan rekaan yang memukau. H&M mempunyai nilai fesyen yang tinggi dari segi cara pengeluaran produk baru dimana rangkaian jenama highstreet itu mampu memberikan anda pengetahuan dalam bergaya dan berpakaian.

Menerusi blog Budiey, setiap helaian pakaian H&M adalah direka untuk semua golongan dimana ianya tidak hanya fokus kepada fesyen wanita, malah H&M turut mengetengahkan kepada kaum lelaki. Tambahan pula, faktor harganya yang jauh lebih murah dan berpatutan, pasti golongan yang berpendapatan rendah mampu memilikinya.

Bersedia untuk merubah penampilan menjadi seorang yang fashionista? Jom ramai-ramai menyerbu ke butik H&M yang bertempat di kota Kuala Lumpur iaitu Lot 10!

Berikut foto-foto artis yang hadir memeriahkan pembukaan butik H&M :

Sumber : Budiey!

SKIP THIS AD ×