berita

Sebenarnya Korang Tak Perlu Rasa ‘Down’ Bila Member Selalu Share 6 Perkara Ini Di Facebook

June 28th, 2016 | by Ai
Kini Trending

fb2.1

Zaman serba moden ni, kalau boleh semua benda nak cerita kat laman sosial. Nak tunjuk kebahagiaan, dalam masa yang sama ada jugak yang nak berkongsi kelebihan yang dia ada setelah berhempas pulas mencari. Bukannya tak boleh, tapi kadangkala melampau sangat pun boleh menjadikan orang lain menyampah jugak, kan?

Kami share pada korang 6 perkara yang orang selalu post di laman sosial, dan yang tak semua orang sanggup post jugak. Kelakar tapi memang betul dan tak mustahil korang jugak pernah buat, kan? Jom baca!

Yang buruk semua simpan

fb3

(sekadar gambar hiasan)

Jangan cepat kagum dengan kehidupan orang lain di Facebook. Apa yang dikongsikan biasanya indah-indah belaka. Yang buruk-buruk semua simpan di dunia realiti. ?

1. Upload gambar berbuka puasa buffet di hotel. Masa dia buka puasa dengan nasi putih dan telur goreng, dia tak bagitau pun. Nanti orang ingat dia miskin sangat pula.

2. Upload gambar shopping raya di Jakel Mall dan Mood Republik. Padahal sebelum ni shopping raya kat kedai biasa-biasa ja. Tapi sekala-sekala nak juga bagitau yang dia dah jejak kaki ke sana.

Mana boleh post, nanti kantoi

fb8

3. Update status pakai kereta mahal. Gambar stereng dengan logo brand mesti kena ada. Kos-kos lain seperti petrol, tol, road tax, maintenance dia tak fikir masa beli. Sesak nak bayar bulan-bulan dia tak cerita. Mulalah rasa menyesal.

4. Update info kerja di syarikat yang gah. Tapi hari-hari mengadap bos yang tak faham staf, balik lewat tak boleh claim overtime. Kerja bertimbun, pengorbanan tak dihargai. Mana boleh bagitau di Facebook, nanti kantoi.

Mesti flawless

fb5

5. Upload gambar masuk rumah baru, sibuk nak tunjuk kat warga FB setiap sudut rumah dan perabot. Guna Personal Loan. Masa nak mohon Personal Loan tu takda pula upload gambar selfie di bank dengan caption, “Saya sedang mohon Personal Loan sebab nak ubahsuai rumah dan beli perabot cantik”.

6. Nak upload gambar selfie, mestilah flawless dan sudut kena betul supaya nampak kurus dan cun melecun. Edit selagi boleh. Mana ada orang upload gambar baru bangun tidur, rambut serabai macam hantu penanggal. Muka sememeh, air liur basi meleleh.

Tak payah rasa down

fb7

(sekadar gambar hiasan)

Banyak lagi contoh-contoh lain. Jadi, lepas ni kalau nampak kawan-kawan di Facebook mewah semacam, bahagia saja memanjang, dan sempurna tanpa cela, jangan menggelabah. Tak payahlah nak rasa down sangat sebab anda kerja di syarikat biasa-biasa. Itupun untung dah sebab dapat juga kerja.

Tak payah rasa diri andalah yang paling miskin sebab pakai kereta murah. Ada orang, kereta pun takda. Tak perlu rasa malang sangat sebab tak pernah jejak kaki ke Jakel Mall. Ala, Jakel Mall je kot. Dan tak perlu nak frust sangat tak merasa buka puasa kat hotel sebab masakan isteri kau mesti lagi sedap, kan.

Lain kali kalau kita nampak FB orang macam tu, kita kena bersangka baik (husnul dzon) dan doakan yang baik-baik. InsyaAllah yang baik-baik juga akan datang balik kat kita. Berlapang dada sentiasa. Itu kehidupan dia. Kehidupan kita juga penuh dgn nikmat-nikmat lain yang mungkin dia takda. Bersangka baik dengan Allah dan juga manusia, itu juga satu nikmat. Sederhana. Syukur selalu.

Haa, ada betulnya jugak cakap brader Harith ni. Kadangkala kita ni seronok sangat nak upload segala benda dalam Facebook, tapi hakikatnya kita sendiri yang telan semua kepahitan di sebalik kegembiraan tu. Wah dah macam falsafah pulak. Apapun, share atau uploadlah perkara yang baik-baik dalam laman sosial ni. Jangan berlebih-lebihan, sudahlah. OK geng?

Sumber: FB Harith Faisal

SKIP THIS AD ×