
Sebut nama OHBULAN sahaja dah boleh dapat barang free! Anda nak tak? Haaa.. Clinique akan mengadakan satu roadshow Clinique Fall Trend Outpost yang akan diadakan di North Void @ Mid Valley Megamall pada 24 hingga 30 Ogos dimana anda perlu datang ke roadshow tersebut dan memberikan password iaitu “”OHBULAN” dan anda akan mendapat SATU Clinique custom-fit liquid foundation yang boleh dipakai sehingga 7 hari.
Sesuailah untuk anda yang bergelar wanita mendapatkan produk ini secepat mungkin, kasi test drive gitu. Ingat, ada 35 ribu pembaca wanita di OHBULAN , kalau dah habis, sendiri mahu ingatlah. Tidak lupa juga, anda juga akan mendapat khidmat percuma dari pakar kulit tentang masalah kulit anda. Tanyakan segala persoalan mengenai masalah kulit kepada mereka, seperti kulit kusam, tidak bermaya, berjerawat, mengerutu & sebagainya, kami pasti mereka akan melayan anda sebaik mungkin. Tapi, janganlah ditanya mengenai kulit nangka, makan penampar, mungkin?
Selepas dapat nasihat daripada mereka, aku pasti anda berkobar-kobar ingin kelihatan cantik & anggun di pagi raya. Buat’lah sesuatu untuk diri anda. Setiap pembelian yang melebihi RM120.00 termasuk produk Fall Trend, Clinique dengan bermurah hati akan memberikan SATU High Impact Lip Color (4g). Bukan setakat itu sahaja, anda yang membelanjakan lebih dari RM220.00 termasuk produk Fall Trend akan mendapat 4 lagi produk percuma dari Clinique. Antara produk percuma yang akan anda terima adalah Liquid Mild Soap 30ml, Dramatically Different Mosturising Lotion 30ml, High Impact Mascara 4g dan Clinique Red Pouch.
Clinique Most-Wanted Fall 2009 Colour Collection merupakan inspirasi daripada warna-warna lipstik yang menjadi ikon Clinique - jualan terlaris yang mesti dimiliki oleh setiap wanita. Warna bibir pilihan iaitu natural nudes, sumptuos berries dan rich hues digandingkan bersama palet yang saling melengkapi untuk menghasilkan kepelbagaian ikonik wajah. Terdapat dalam Most-Wanted Nudes, Most-Wanted Berries dan Most-Wanted Corals, ketiga-tiga pakej warna yang menawan ini menawarkan satu kepelbagaian dan sesuai dipakai yang segar, moden dan mengikut trend semasa.
Setiap bekas palet dikeluarkan secara terhad dengan menampilkan Color Surge Eye Shadown yang mesti dilengkapi dengan Soft Pressed Powder Blusher. Kesemua set barangan ini telah dimuatkan dalam satu beg kecil yang kompak, mudah untuk anda membawa’nya kemana sahaja.
Selain itu, produk-produk lain yang terkandung dalam koleksi Clinique’s Most-Wanted adalah 3 jenis bedak blusher seperti Pink Blush, New Blover & Honey Blush yang mudah disuai padan dengan palet-palet untuk memberikan kesan yang lebih segar & menyerlah terhadap wajah anda. Penggunaan maskara menambah lagi keayuan wajah anda, Lash Power Curling Mascara dapat menghasilkan lentikan bulu mata yang anda inginkan. Tak percaya, cuba tengok bulu mata Rozita Che Wan, cantik kan?
Kepada anda yang mempunyai muka yang ala-ala Puaka Niyang Rapik dinasihatkan mendapatkan produk-produk dari Clinique yang diakui berkualiti. Buangkan rasa ragu-ragu untuk mencuba produk Clinique, kerana produk Clinique telah diuji secara klinikal. Dijamin tidak akan menyebabkan kulit anda alergi serta bebas daripada bahan pewangi. Malah, dengan harga serendah RM1.62 sehari, anda boleh mendapatkan kulit wajah yang hebat. Clinique juga sesuai kepada pengguna yang inginkan produk yang mudah diguna pakai dan tidak merimaskan.
Mana tahu, selepas penggunaan produk Clinique, kulit anda kelihatan cantik berseri. Suami lihat senyum riang, pagi raya lebih bermakna.
p/s: Sistem rangkaian 3-Step. Bergantung pada penggunaan.


Sebut OHBULAH jer terus dapat? Best la….
kan best kalau Oh Bulan disponsor sony. dapat PS3 ke.. vaio sepam ke.. isk isk
obe, ko ni sentiasa mengadap pc ke? tak pi terawih ke?
Betul la Obe…dalam banyak2 aku nak iPhone free jer…huhuhu
OH BULAN
AKU DAPAT X?
AAHAH
Produk lelaki tak de ker?
Alamak…dah masuk Isyak!
alamak, jauhla kat kl. aku kat melaka. kalau ikut hati dah lama nak dpt produk ni free. clinique ni ada class bukan siam mali punyer produk. jom pi kl . dpt free duluuuu.cuba
serius??? bsok gak fa pi… void ni kat belah mana eh ?
Kau x nk cuba ke En.M??????…hik hik gurau d bulan ramadhan
M unfair lah pada peminat SETIA ko yg duk selatan..timur barat….
so cam ner M?
aku mmg pengguna product ni so nk gak rasa dpt pree……….
Betul 2.. Abih kite yg duk jauh ni nk gak… Huhuhu…
betul tu, sis na lg la jauh…..kt penang ni……camana
biar betul ni.. ni yg berkobar2 nk gi ni. mmg dari dulu nk test pkai poduk clinique.
SAPA YANG DUK SELATAN , NAK PRODUK CLINIQUE FREE.G KLINIK HAIWAN BERDEKATAN.AHAUAHUHAA
hola tak hagak2 lu irfan….
g klinik tu jumpa ko leh lah…hahaha
yr blog lg ganas bro….:D
uishh tak aci la..apsal tak buat dapat free kat megamall seluruh malaysia…he he..kalau free nak saja!
erk produk ni…huhuhu
fa da g tadi… tapi kena balik ngan tangan kosong ..coz dia suh bawak copy article ni la… huhu
OH!BuLAN
Di BuLaN Puasa INi..
produk laki xder ke