berita

Sedang Bina Rumah Untuk Bakal Isteri, Hans Isaac Rancang Berkahwin. Dengan Siapa?

April 21st, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

event M STAR-208 copy

Hans Isaac sering mencuri perhatian wanita kerana kekacakannya. Bukan seorang dua selebriti wanita yang pernah menjalin hubungan cinta dengannya, namun setakat ini semuanya tidak berjaya membawa hubungan mereka ke arah lebih serius.

Sejak beberapa tahun lepas, Hans dikaitkan pula dengan pelakon dan pengacara jelita, Neelofa namun kedua-duanya belum pernah mengumumkan secara rasmi bahawa mereka bercinta.

Hans yang ditemui pada minggu lepas juga masih enggan mengulas lanjut mengenai hubungannya dengan Neelofa dan menegaskan dia tak perlukan publisiti percintaan untuk mempromosikan dirinya.

Saya tak akan mengambil gambar dengan teman wanita, pegang tangan pergi event, tak ada. Kalau saya nak pegang tangan dia, kita get out of the country, senang. We want our private lives. Bagi orang lain mungkin mereka perlukan itu untuk promosikan diri sendiri tapi bagi saya tidak.

Dalam masa yang sama, Hans memberitahu dirinya kini sedang memikirkan untuk mendirikan rumahtangga kerana yakin masanya sudah tiba.

event M STAR-207 copy

Saya nak tumpukan perhatian pada kehidupan peribadi saya, dah sampai masanya. Dulu saya mengejar sesuatu dalam hidup saya, cari publisiti tapi saya dah tak berminat dengan semua tu lagi. Mungkin orang nampak saya macam bujang tapi saya bawa diri saya ni macam family man.

Buktinya, Hans sudah pun berbincang dengan arkitek untuk membina rumah yang lebih selesa buat dirinya dan bakal isteri.

Saya tengah nak bina rumah, dah merancang dengan arkitek untuk bina rumah. Dalam fikiran saya, untuk berkeluarga kita mesti ada rumah yang luas dan selesa. Sesiapa yang kahwin dengan saya nanti, saya akan berikan semuanya untuk dia.

Kawan-kawan selalu cakap, ‘Hans, you bagi banyak sangat kat girlfriend you ni, you kena kawal sikit. Bila sayang, segalanya you bagi.’ Tapi i nak bagi kat siapa lagi? I dah tak ada mak ayah, anak adik semua i dah jaga, dah habis sekolah, rumah dah bagi, semua dah ada.

Bila ditanya soal tarikh dan identiti bakal isteri, Hans hanya akan mendedahkan segalanya dan membuat pengumuman istimewa pada hujung tahun ini.

Saya sedang cari tarikh. Semua orang akan tahu keputusan saya pada bulan Disember nanti.

SKIP THIS AD ×