berita

Sedap & Menyihatkan! Jom Cuba Yogurt llaollao Dengan 20 Toppings Super Lazat Ini!

September 28th, 2016 | by Noraniza
Shout Out!

Screen Shot 2016-08-02 at 2.52.54 PM

Ada yang kata amat mustahil nak dapatkan makanan yang sihat tapi memenuhi citarasa anda. Tapi, korang jangan tak tahu bahawa yogurt llaollao ni memang lazat gila. Ianya bukan sekadar boleh jadi dessert, tapi sesuai dijadikan sajian penuh.

Buat pengetahuan korang, yogurt llaollao ini berasal daripada Sepanyol dan ianya di sebut sebagai “Yaoyao”. Ia merupakan yogurt sejuk beku semulajadi yang diperbuat daripada susu skim dan digabungkan dengan 20 pilihan topping lazat daripada buah segar yang dipotong sehinggalah bijirin, topping rangup dan pelbagai sos pilihan.

Sebab itu ianya layak menjadi produk yogurt nombor satu di Asia dan Eropah! Mana taknya, llaollao memang yogurt pilihan ramai berbanding pesaing mereka kerana menyediakan buah segar setiap hari dan kedua-dua topping rangup dan sos pilihannya diimport dari Sepanyol terus!

Screen Shot 2016-08-02 at 4.13.52 PM

Antara menu yang paling diminati di llaollao adalah Sanum (bermaksud untuk menjadi sihat) adalah parfait yogurt yang terdiri daripada tiga lapisan buah-buahan dan dua lapisan rangup dan ditambah dengan sos pilihan anda.

Kenapa paling diminati? Sebabnya ia menggabungkan rasa masam dan manis dan secara tidak langsung menyumbang sebanyak 46% daripada 100 gram kalsium harian yang disarankan tanpa perlu risau mengenai kenaikan berat badan.

Walaupun llaollao adalah rendah lemak, rendah kalori dan tanpa gluten, kemewahan rasa yogurt yang berkrim tidak terjejas langsung ok?

Sanum

Oh ya, terdapat banyak pilihan coklat topping sos untuk korang antaranya ialah Black Chocolate Sauce, White Chocolate Sauce, Chocorock dan macam-macam lagi.  Malah, untuk memastikan ia menarik, menu topping ini akan sentiasa bertukar selaras dengan perubahan musim.

Untuk mempelbagaikan perisa, llaollao juga menawarkan beraneka jenis topping seperti buah-buahan segar, sos dan topping Crunches rangup seperti bijirin, bijian berkaramel, muesli dan kacang. Selain itu, llaollao juga boleh dihidangkan dengan kegemaran klasik seperti OREO.

Kebanyakan pelanggan gemar memilih sos jenis coklat kerana ianya tidak begitu masam. Malah, untuk yang beragama Islam, yogurt llaollao ini adalah bebas daripada alkohol dan juga pork-free.

Screen Shot 2016-08-03 at 12.32.28 PM

Dapatkan diskaun sehingga 33% pada setiap hari Rabu sempena Wellnesday!

Berita baik untuk korang semua! Untuk Wellnesday deal ni, korang boleh dapatkan 11% diskaun untuk minggu pertama pada hari Rabu, 22% untuk minggu kedua pada hari Rabu, 33% untuk minggu ketiga pada hari Rabu dan juga 11% untuk minggu keempat juga pada hari Rabu.

Promosi ini bermula dari 5hb Oktober pada jam 1 pm sehingga 7 pm setiap hari Rabu. Woww. Best kan?!

Oh! Sebelum tu, sempena dengan llaollao 1st year anniversary, llao llao Malaysia menawarkan RM 11 untuk pembelian tubs & sanum pada 18hb Oktober 2016 tau. Korang jangan terlepas!

Ha, untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang llaollao Malaysia dan Instagram myllaollao.

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×