berita

Sehangat Asmara Rita Rudaini & Adi Putra

February 4th, 2013 | by M
Filem Antarabangsa

Drama Sehangat Asmara Astro Mustika HD Episod 1 Hingga Tamat

Jika anda peminat setia drama bersiri “Adam & Hawa”, kami yakin anda juga bakal meminati sebuah lagi drama berjudul “Sehangat Asmara”. Hasil adaptasi novel dari penulis yang sama, drama arahan Mohd Feroz Kader ini bakal menemui anda dalam bentuk definisi tinggi sama seperti drama “Adam & Hawa”.

Menerusi saluran Mustika HD, drama bersiri 33 episod ini menemui para penonton pada setiap hari Isnin – Rabu jam 10.00 malam secara eksklusif hanya di saluran 134.

Drama terbitan Global Station Sdn Bhd ini berkisarkan tentang kisah cinta yang mengangkat semangat dan ketabahan seorang wanita muda untuk berdepan dengan pelbagai rintangan, dugaan, tohmahan, dan semangat dalam menjalani kehidupan seharian setelah suaminya meninggalkan beliau tanpa sebarang pesanan.

Kisah cinta menyayat hati ini bakal menyaksikan lakonan mantap gandingan Rita Rudaini dan Adi Putra selaku teraju utama yang masing-masing memegang watak sebagai Kamilia Najwa dan Zainal Arief. Turut membintangi drama ini termasuklah barisan pelakon baru dan lama seperti Shaz Jaszle selaku Azman, Fureena Ezlin selaku Misha, Izreen Azminda selaku Mimie, Hafizuddin selaku Tan Sri Ahmad Sharifudin, Dian P. Ramlee selaku Puan Sri Zaharah dan Maimon Mutalib selaku Mak Leha.

Kejayaan drama bersiri Adam & Hawa yang baru sahaja tamat siarannya pada 10 Januari lepas sejak mula disiarkan pada 27 Ogos 2012 sudah ternyata telah mencetuskan fenomena yang amat positif daripada orang ramai sekaligus berjaya mengumpul kelompok peminat tegar “Adam & Hawa” yang setia.

Drama bersiri “Sehangat Asmara” ini mengisahkan tentang pasangan Kamilia Najwa dan Zainal Arief. Pandang pertama mereka telah memutikkan cinta dan berakhir dengan perkahwinan di Sydney tanpa restu keluarga.

Namun, kebahagiaan mereka tiba-tiba terhenti. Zainal terpaksa pulang ke tanah air dengan janji akan kembali lagi. Sejak itu hingga menginjak sembilan tahun lamanya, Zainal tidak pernah pulang sedangkan Kamilia terus menanti dengan air mata dan sengsara.

Tanpa diduga, Zainal muncul kembali. Datangnya untuk menuntut Misya, anak comel yang selama ini ‘disembunyikan’ oleh Kamilia. Dendam kesumat Kamilia terhadap Zainal tidak pernah padam. Anehnya, ‘dendam rindunya’ terhadap lelaki itu lebih kuat dan mengusik perasaannya.

Anda pasti tak sabar untuk mengetahui bagaimanakah jalan ceritanya kan? Jadi, cepatlah langgan dan ikuti langkah dibawah.

Untuk menikmati saluran Mustika HD, para pelanggan Pakej Mustika hanya perlu melanggan perkhidmatan Astro B.yond dengan bayaran serendah RM20.00 sebulan. Manakala bagi para pelanggan perkhidmatan Astro B.yond pula, mereka hanya perlu melanggan Pakej Mustika dengan bayaran RM12.95 sebulan untuk menikmati saluran ini. Untuk melanggan, sila ke Astro Service Portal (saluran 200) atau layari www.astro.com.my/shop.

The following two tabs change content below.

M

Founder OHBULAN! yang kini bergiat secara serius dalam industri media & pengiklanan. Beliau membantu para klien mencapai pelanggan yang berpotensi melalui kempen pengiklanan secara menyeluruh dan berkesan.

SKIP THIS AD ×