Laman Utama » Berita Terkini
OHBULAN! pasti Lisa Surihani sudah berdebar-debar di hati kerana esok, selebriti yang diminati dan disayangi ramai ini bakal menamatkan zaman bujangnya bersama seorang lagi selebriti yang tidak asing lagi dalam dunia hiburan, Yusry.
Cinta Lisa Surihani, 25, dan Yusry, 38, mula bermain di media pada tahun 2010 dimana ramai orang berteka-teki dengan kisah cinta mereka. Namun, beberapa saksi yang terlihat Lisa & Yusry berpegangan tangan ketika menonton wayang telah menguatkan lagi spekulasi yang mengundang.
13 Ogos 2011 menyaksikan pasangan ini mengaku bercinta kepada media dan dari situ, punah segala harapan kaum Adam terhadap Lisa Surihani yang sememangnya cantik dan manis orangnya. Tidak dilupakan, OHBULAN! turut meratapi cinta yang tak terbalas dari Lisa.
Sekitar bulan September 2011 pula, Lisa Surihani Telah Hadiahkan 3 Set Samping Kepada Yusry, Bukti Cinta Mereka Berdua dan mereka berdua juga dilihat bersama di rumah terbuka meraikan sambutan Aidilfitri bersama-sama.
Manakala 23 Disember 2011, hubungan mereka semakin hangat apabila Yusry dikhabarkan telah menyunting Lisa untuk dijadikan isteri. Ouh, itu 2 bulan yang lepas.
Hari ini pula menyaksikan Lisa telah menulis, mungkin ayat terakhir di akaun Twitter rasminya sebagai seorang perawan sebelum sah diijabkabulkan esok (23 Februari 2012).

Maka, jika majlis esok berjalan dengan lancar, berakhirlah segala penantian para peminat, media dan juga semua lelaki yang dambakan kasih sayang Lisa Surihani. Itu sudah pasti.
Untuk berita gembira ini, OHBULAN! telah memilih 3 ucapan tahniah dari pembaca dan juga peminat setia Lisa Surihani untuk dimasukkan kedalam artikel ini.
“Selamat pengantin baru buat lisa dan yusri.. moga pernikahan ini akan berkekalan hingga keanak cucu dan moga dapat lalui alam perkahwinan yang penuh pancaroba laluilah bersama2. harus saling bertolak ansur dan yang paling penting saling ingat mengingati tentang tanggungjawap masing2..” – Sunsweet Norlela
“Selamat menempuh hari2 yg bahgia..moga dpt baby yg sweet2 mcm korang=)” – Anna Mohd Tahir
“Selamat pengantin baru ls & yusry , semoga bahagia dengan kasih sayang dan cinta yang berpanjangan hingga ke syurga.” – Aziera Kamil
Semoga berbahagialah hendaknya Lisa Surihani & Yusry dengan doa dan ucapan dari para peminat. Jangan pula sejarah lama diulang kembali, habis madu sepah dibuang, tak gitu Yusry?





RT @ohbulancom: OHBULAN!: Sehari Sebelum Pernikahan Lisa Surihani & Yusry Serta Ucapan Dari Peminat! http://t.co/0YiLZXJc
semoga bahagia ke anak cucu…lepas kwin tak paya rancang2..terus jer..
peluk sakan…..berdosa tau… tapi wartawan hiburan tak kecoh pun…. yang peluk anjing habis dikecohkan….bukan dosa pun peluk anjing samak le kalu basah….. ini peluk mcm suami isteri… tak ade wartawan nak gi interview si lisa tu tanya tak malu ke berpeluk-peluk macam tu ..ni tak… siap puji-puji laagi gmbr tu cantik… dapat saham sama je mcm si lisa dan tunangnya dapat…, jgn pulak lepas nikah dah tak peluk2 pulak…takperlu peluk semua org tahu awak tgh gembira sakan…
sudah2lah tu ko ni yg terdosa sekali sebab mengutuk org.lantak dia lah.
‘habis madu sepah dibuang’ ape maksud kamoo wahai Encik ohBulan?????
TERBUKTI ARTIS YG NMPK BAIK TU TAK SEMESTINYA BAIK! LISA…. TERKENAL NGAN SIFAT LEMAH LEMBUT N SOPAN SANTUN (ALA2 ALIM GITU) TP YG ADOOOOOOOOO
tahniah utk lisa n yusri..semoga bahagia hingga akhir hayat..semoga dpt baby yg cute2..
ala nanti Yusri dapat anak ikan baru.. ditinggal la c Lisa tu tengok je lah..
Selamat pengantin baru buat pasangan 2 sejoli, Lisa Surihani bersama Yusri. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. Disatukan dua hati dalam ikatan yang suci lagi diberkati oleh-Nya.. Amin. Bermulalah pelayaran sebuah bahtera yang dikemudi oleh seorang nakhhoda menempuhi segala rintangan dan ombak yang membadai samudera. Diharap, kalian berdua mampu menempuhinya bersama. Atas nama cinta.
semoga yusri dah dpt hidayat..taubat nasuha….kalu x ,kesian LISA…janda kemudian hari. semoga bahgia
Apa2 pon dah jodoh… hrp Yusry dh insaf selepas kenal Lisa! jgn diulangi perangai lama… semua org taw sejarah hidup Yusry mcm mana! Kesian Lisa jika benar apa kata OB, habis madu sepah dibuang… hrp2 jgn jd mcm tulah!
tak ada urusan ni…tak minat langsung…mengada-ngada je lebih…ekslusif di astro la..ntah apa2…boleh jalan daaaaaa…