berita

Sejoli : Apabila Watak Pembantu Lebih Menyerlah Dari Pelakon Utama, Ketahui Kenapa

February 21st, 2014 | by Yusmirnadia | 11 comments
Filem Tempatan

Screen Shot 2014-02-20 at 15.57.14

Melihat kepada kebanjiran filem tempatan pada 2014, filem Sejoli : Misi Cantas Cinta boleh dikatakan antara karya bergenre romantik komedi terbaik sebagai pembuka tirai tahun ini.

Barangkali anda pernah melihat promosi filem ini di laman-laman sosial, tetapi masih ada lagi yang keliru dengan plot cerita dan watak-watak di dalamnya.

Filem yang menjalani penggambaran di Phuket dan Kuala Lumpur ini mengisahkan tentang dua pasangan bercinta yang sedaya upaya berusaha mempertahankan cinta mereka.

sejoli-2

Joe dan Gina bertemu pertama kali di Phuket

Kisah mencuit hati ini bermula dengan sorotan babak Hardy (Remy Ishak) memutuskan tali pertunangan dengan Gina (Maya Karin) di sebuah restoran. Manakala Joe (Bront Palarae) pula ditinggalkan oleh kekasihnya, Nita (Izara Aishah).

Selepas kecewa dengan perpisahan itu, Joe dan Gina secara kebetulan membawa diri ke tempat yang sama untuk mengubati kedukaan mereka.

Joe dan Gina pada mulanya tidak menyukai antara satu sama lain disebabkan beberapa insiden memalukan yang berlaku sebelum mendapat tahu bekas kekasih mereka, Nita dan Hardy sedang bercinta.

sejoli-1

Izara Aishah & Remy Ishak hanya pegang watak pembantu

Sejak dari itu, mereka menjadi rapat dan mula mendapat idea untuk menggagalkan rancangan perkahwinan Nita dan Hardy supaya mereka boleh memiliki pasangan masing-masing semula.

Pelbagai taktik kotor dilakukan oleh Joe dan Gina sambil dibantu sahabat baik mereka, Lola (Dira Abu Zahar) dan Tompy (Azad Jazmin) dengan harapan hubungan pasangan perampas itu akan berakhir.

sejoli-13

Nita membatalkan perkahwinannya dengan Hardy. Kenapa?

Secara keseluruhannya, filem ini berjaya membuatkan penonton ketawa terbahak-bahak di dalam panggung dengan lawak spontan yang kebanyakannya dibuat oleh Bront dan Azad.

Bagaimanapun jujur kami katakan, sentuhan Osman Ali kali ini kurang memberi impak jika dibandingkan dengan filem-filem arahannya sebelum ini seperti Ombak Rindu dan Cun.

Walaupun dibarisi oleh pelakon-pelakon terkenal, namun entah mengapa watak-watak utamanya seakan tenggelam dan kurang menyengat – tidak seperti watak pembantu yang dibawakan oleh Azad.

sejoli-6

Hubungan Joe dan Gina semakin rapat

Perkara ini jelas dilihat apabila penonton lebih galak tertawa setiap kali pelakon kelahiran Pulau Pinang itu muncul dan melafazkan dialognya walaupun adegan tersebut tidak menonjolkan Azad secara langsung.

Barangkali karakter Azad yang sememangnya lawak dan bersahaja itu memberi mata bonus kepadanya berbanding pelakon lain yang sering membawakan watak serius sebelum ini.

Selain daripada itu, karakter yang terlampau santai dan tidak terlalu mencabar juga dipercayai menjadi punca kepada pelakon utama seakan leka untuk menjadikan watak mereka lebih menarik.

Memang benar filem komedi sepatutnya lebih rileks namun ini tak bermakna pengarah dan penulis skrip tidak boleh mencipta fenomena unik yang mampu membuatkan penonton melihat watak penting lebih menonjol.

Pada firasat kami juga, antara salah satu faktor mengapa Bront dan Maya tidak menyerlah adalah kerana pemilihan pelakon pembantu yang sudah dikenali dan sering menggalas watak utama sebelum ini.

Sejoli Poster

Poster Sejoli : Misi Cantas Cinta

Malah melihat kepada poster filem ini, penulis sendiri pada mulanya berpendapat Remy Ishak dan Izara Aishah merupakan pelakon utama sebaliknya mereka hanya memegang watak pembantu.

Mujurlah babak Dira dan Azad kurang difokuskan, kalau tidak pastinya pasangan pembantu ini juga boleh disalah anggap sebagai pelakon utama juga.

Manakala Maya pula kelihatan seperti terikat dengan skrip dan masih kekok membawakan watak gadis kelam-kabut biarpun pernah diberi tugasan yang seakan sama di dalam filem Cun.

Tetapi sedikit sebanyak gandingan Maya dan Bront kali ini berjaya mencipta keserasian hingga membuatkan penonton merasai sendiri rasa cinta yang wujud antara mereka menerusi filem tersebut.

Media Screening Sejoli-23

Kemesraan Bront dan Maya tetap menyerlah hingga ke luar set

Bagi yang gemar menonton filem santai seperti ini, jangan lupa saksikan Sejoli mulai 20 Februari 2014 di pawagam berdekatan anda. Sementara itu, jom tonton trailer di bawah ini terlebih dahulu. Selamat menonton!

Yusmirnadia

Yusmirnadia

A ninja who rides a unicorn. Former business journalist. Food freak. Studied Bach. Mass Com (Hons) Broadcasting.

11 Comments

  1. Del says:

    Lah….the moment tengok poster and baca sinopsis, memang dah tahu ni kes meniru filem US “Addicted to Love” lakonan Meg Ryan and Matthew Broderick. Entah-entah dia orang ingat sebab filem ni dah lama, kalau tak silap back in the late 90’s and orang dah tak ingat, so dia org fikir oklah nak filemkan. Why not be honest and make a clear statement that they are coming up with a remake of a Hollywood movie. At least, dah ada lah bab org menunding jari and cakap isu plagarism and kehabisan idea. Simple.

    (7)
  2. iniesman says:

    xpe la tiru ke tak..mungkin pengarah minat citer tu n dia buat versi melayu..ape ade hal..kalau citer bes kite layan.kalau xbes bleh ttp..hehe peace no war

    (5)
  3. Upyours says:

    Put aside kualiti luaran, tua kertu tiak bau bagai, sebabnya maya karinmg tak reti belakon. Keras tunggul dr dulu lghah. Nyanyi pon takde tone. Menang anugerah pasai belakon tido je. Acik pon boley.

    (3)
  4. agogo says:

    sebab pelakon pembantu lg cun,wangi xmcm pelakon utama da tua,pehtu tiak bebau…

    (1)
  5. gayah says:

    Mcm citer Addited to Love je.. Tah2 ko copy paste je nok!!! Dh xde idea la tuh…

    (0)
    • Sue says:

      Stuju sgt.saya pon rasa Begitu.asyik meniru,x idea.heroin Dari Dulu Memang x pandai berlakon hrp rupa,glamour tapi selalu menang award,pelik !

      (2)
  6. markonah says:

    tak minat betul aku ngan maya karin ni.. buwekkkkk

    (1)
  7. Bedah says:

    scene tomoi tuh mcm dkt koh phi phi ley jer..

    (0)
  8. cikKuntum says:

    bila kite wt sesuatu dgn penuh keikhlasan, in shaa Allah, ape pn menjadi.. pape pn good luck utk yg comment2 ni. hahaha tetibe kn

    (0)