berita

Selain Krimer & Gula, Nikmati Variasi Kopi Baru Dengan 6 Bahan Mudah Ini!

August 3rd, 2015 | by Noraniza
MyResipi

kopi

Siapa di sini memang pengambil kafein tegar? Kiranya kalau sehari tak ambil kopi memang jadi tak keruan hidup.

Lebih-lebih lagi jika korang mengalami hari yang busy, sudah tentu anda akan ambil secawan kopi untuk melegakan stress.

Jadi, kami nak kongsi dengan ada semua, 6 jenis bahan selain krim dan gula yang boleh ditambah pada kopi supaya jadi lebih sedap dan variety gitu!

1. Kayu Manis

kayu manis

Langkah penyediaan kopi kayu manis:

1. Didihkan air dan masukkan 1 batang kayu manis sehingga suhu mencapai 100 darjah celcius sehingga terbit bau aroma wangi kayu manis. Kemudian, api dikecilkan sehingga 90 darjah celcius.

2. Masukkan 1-1 ½ sudu makan serbuk kopi dan dikacau sehingga rata selama 2 minit dengan api yang kecil. Letakkan sedikit gula jika anda gemar rasa yang manis.

3. Matikan api dan tapiskan serbuk kopi menggunakan tapis air. Kopi kayu manis sedia dihidang. Pasti enak jika dihidang bersama brownies. 

hug-in-a-cup

2. Madu

Screen Shot 2015-07-23 at 9.01.22 PM

Langkah penyediaan kopi madu: 

1.Campurkan 2 sudu kecil kopi dengan 300 ml air panas.

2. Kemudian, tambahkan 2 sudu kecil madu dan gaul sehingga larut. Kopi madu sedia dihidang.

3. Jika mahu lebih enak, boleh letakkan 4 sudu kecil whipped cream. Uh! Terangkat!

tumblr_mxr36vGjd01skswjlo1_500

3. Lemon

lemon

Langkah penyediaan kopi lemon: 

1. Potong sebiji buah lemon dan perah jusnya.

2. Masukkan serbuk kopi dan sedikit gula ke dalam air panas.

3. Campurkan perahan air lemon ke dalam air kopi. Kacau sehingga rata.

4. Kopi lemon sedia dihidang. Kopi lemon akan membuat anda lebih segar untuk meneruskan aktiviti seharian.

How-Many-Cups-Of-Coffee-Have-You-Had-Today

4. Coklat

Chocolate+Bar+0514

Langkah penyediaan kopi coklat:

1. Cairkan 50 gram coklat masak pekat

2. Setelah coklat tersebut cukup cair, kacau bersama 2 sudu kecil kopi, 250 ml susu cair dan gula mengikut citarasa masing-masing.

joey coffee_1411368172

5. Pudina

field-mint-pudina-benefits_small

Langkah penyediaan kopi pudina:

1. Panaskan air dan masukkan air panas ke dalam gula dan serbuk teh.

2. Kacau sehingga sebati kemudian masukkan daun pudina.

3. Campurkan air panas bersama dengan gula dan serbuk kopi.

4. Kacau dan hidangkan.

whos-having-coffee

6. Daun Pandan

______9535091_orig

Langkah penyediaan kopi pandan:

1. Panaskan air sehingga mendidih, racik daun pandan sehingga halus dan rendamkan dalam air tersebut.

2. Masukkan 1 sudu kopi, 1 sudu teh gula, 2 sudu krimer coffe-mate, dan tambahkan rendaman air pandan. Rasanya memang sedap dan baunya wangi semerbak!

Eh, kalau korang nak tahu, resipi diatas semua boleh diganti dengan Nescafe Classic tau! Cara semua sama sahaja. Kalau tak percaya, tengok video di bawah ni.

Jom Kongsi #MyNesRecipe anda!

LeslieKnope_coffee

Korang semua pun mesti ada cara penyediaan kopi terbaik kan? Cuba korang kongsi dengan kami resepi paling umphh korang dekat sini! Mana tahu boleh jadi minuman kegemaran kami pula.

Oh ya! jangan lupa letak #MyNesRecipe tau. Untung-untung boleh menang hadiah lumayan daripada Nescafe!

Untuk maklumat lanjut, sila layari facebook Nescafe Malaysia!

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×