berita

Selebriti Bergelar Ibu Tunggal Tukar ‘Kawan Lelaki’ Lagi?

November 18th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

googlepic

Kalau sebut nama selebriti wanita ini, kami pasti korang kenal. Iyalah, kisah peribadinya seringkali mendapat liputan meluas oleh pihak media.

Nampaknya, walaupun sudah melalui 2 kali perceraian, selebriti ini yang dahulunya popular dalam bidang lakonan dan nyanyian, nampaknya tak serik untuk bercinta.

Mana taknya, selepas bercerai dengan suami ke-2 beberapa bulan lepas, dia dikatakan sudah menemui pengganti.

foto

Khabarnya jejaka itu kuat agama. Malah, turut dipersetujui oleh anaknya tau! Tapi, sejak dua menjak ni, tak ada pula kami lihat apa-apa post mengenai jejaka berkenaan.

Alih-alih, kononnya dah ada pengganti lagi. Pantas, tuntas, lekas sungguh. Aumm! Kononnya, ada projek yang sedang diusahakan dan masih dalam perbincangan.

Yang buat kami pelik tu, selebriti ni selalu juga merentan jika kisah peribadinya dibongkar-bongkar. Tapi di Instagram bukan main  banyak hint yang diberi.

Siap berbalas komen di Instagram masing-masing lagi tau. Melalui cara penulisan dan ayat yang digunakan, tak hairanlah kalau ada peminat yang salah faham. Tak gitu?

Bila kami intai sikit Instagram jejaka tersebut, banyak juga foto selebriti wanita ini yang dimuat naik. Kapsyen pun…alahai, mengundang sangat tau!

SKIP THIS AD ×