berita

Selebriti Dan Cekak Rambut

June 14th, 2012 | by Ai | 2 comments
Chic & Stail

Tidak lengkap jika penampilan seseorang itu tampil dengan sebarang aksesori pada tubuhnya. Simboliknya aksesori diri telah pun menjadi pelengkap gaya jika ingin tampil lebih menarik. Antara aksesori yang mampu memberi kesan menarik pada penampilan si gadis adalah cekak rambut. Ia nampak ringkas namun jika digayakan dengan betul ia akan kelihatan sangat menarik.

Selebriti merupakan orang yang sentiasa harus menjaga penampilan mereka ,ini kerana mereka merupakan tumpuan contoh fesyen pada orang ramai. Antara selebriti yang sentiasa berpenampilan cantik dengan aksesori cekak rambut mereka adalah seperti Scha Alyahya, Atilia, Liyana Jasmey dan ramai lagi. Pasti aksesori ini menjadi pilihan mereka untuk bergaya tidak kira dalam apa juga majlis yang mereka hadiri.

Tetapi dalam menatarias penampilan perlulah juga anda lakukan dengan betul. Jangan sesekali memadankan cekak rambut ini dengan imej pakaian yang tidak bersesuai. Dari segi padanan warna dan coraknya adalah penting utk dititikberatkan. Jika gabungan cekak dan pakaian yang anda pakai itu bersesuaian pasti akhirnya anda akan dapat miliki penampilan yang cantik namun ringkas.

2 Comments

  1. ayie.. says:

    scha kalau pakai cekak rambut macam budak terencat jer..

    (0)