berita

Selebriti Tempatan Di US: Apa Yuna Zarai & Juliana Evans Buat Bila Mereka Hang Out?

September 9th, 2014 | by Noraniza
Lensa Insta

YUNA

Aih! Bestnya la kan jadi selebriti ni. Duduk pun kat oversea nun. Seperti yang anda semua sedia maklum Yuna berada di United States untuk mengembangkan kariernya dan Juliana Evans pula sedang menyambung pelajaran.

Maka, bila sesekali ada kelapangan mereka mestilah nak hang out bersama kan? Sekurang-kurangnya dapatlah lepaskan kerinduan pada tanah air tercinta.

Buktinya, menerusi instagram Juliana, dia dilihat seronok meluangkan masa dengan Yuna. Banyak juga aktiviti yang dilakukan bersama-sama. Eh.. si jejaka kacak pun ada?

Screen Shot 2014-09-09 at 2.55.18 PM

Selain makan-makan, Juliana dan Yuna turut menyaksikan perlawanan baseball di Dodger Stadium. Malah, mereka berdua turut ditemani oleh seorang jejaka kacak. Siapa lagi kalau bukan Christoper Vogel kan? Teman tapi mesra je kot.

Dalam salah satu foto yang dimuat naik itu, Yuna dilihat memakai turban dan seakan-akan ‘berusaha’ mahu menutup lehernya yang mungkin agak terdedah.

Screen Shot 2014-09-09 at 2.26.42 PM

Yuna nampak ‘struggle’ tutup leher?

Hairan juga kami sebab semasa Yuna pulang ke Malaysia baru-baru ini untuk menyambut Aidilfitri, Yuna tampak manis mengenakan hijab yang lebih ‘proper’.

Apapun, tak elok lah kita nak nilai orang sedemikian rupa kan. Mungkin Yuna mempunyai alasannya tersendiri terhadap penataan imejnya yang berbeza itu. So, think positive ya!

Kredit foto : Instagram Yunalis Zarai & Juliana Evans

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×