berita

Selepas Bercerai, Raja Azmi Diintai Tan Sri Pula?

July 5th, 2012 | by Ai
Isu & Kontroversi

Terkejut sebentar apabila membaca artikel dari rakan media, portal hiburan Murai.

Menurut Murai, Raja Azmi yang baru sahaja selesai dengan proses perceraiannya bersama Jailani Sidek kini telah menjadi perhatian beberapa orang peminat termasuklah Tan Sri. Wah, untung badan, melimpah-ruah rezeki didepan.

Dikhabarkan, Tan Sri berkenaan sudah lama berkenan dengan Raja Azmi yang juga seorang pengarah filem ini. Namun disebabkan Raja Azmi sudah mempunyai suami, Tan Sri berkenaan menyimpan hasratnya. Kecohnya berita mengenai perceraian antara Raja Azmi & Jailani Sidek telah memberikan peluang kepada Tan Sri tersebut untuk lebih mendekati Raja Azmi.

Apa yang pasti, menurut Murai, Tan Sri berkenaan seorang yang mempunyai perniagaan sendiri dan sentiasa berulang-alik ke luar negara.

SKIP THIS AD ×