berita

Selepas Dirogol Pemandu Teksi & 2 Penumpang Lain, Wanita Ini Terpaksa Jumpa 2 Doktor Kerana Tak Percaya Anaknya Telah Tiada

June 8th, 2017 | by Hanis Aliaa
Isu & Kontroversi

Gang-rape atau rogol berkumpulan adalah satu perkara yang sering berlaku di negara India. Tidak hairanlah kalau ramai dalam kalangan wanita dan anak gadis di sana hidup dalam ketakutan kerana jenayah sebegini sering menghiasi dada-dada akhbar di India.

Ini salah satu kisah sedih seorang ibu muda berusia 19 tahun yang dirogol oleh 3 lelaki tak dikenali ketika dia menaiki teksi bersama bayi perempuannya yang berusia 8 bulan. Lebih pilu apabila bayinya itu mati dalam dakapannya. Dia seakan tak percaya sampai dia terpaksa berjumpa dua orang doktor untuk mengesahkan kematian anaknya itu. Sungguh tragis!

Dirogol oleh pemandu & 2 penumpang teksi.

Menurut Times of India, pada malam 29 Mei lalu mangsa dalam perjalanan untuk ke rumah mertuanya selepas berlaku perselisihan faham dengan jirannya. Dia yang bimbang dengan keadaan di kawasan itu meninggalkan rumah bersama-sama anaknya memandangkan suaminya juga bekerja di luar kawasan ketika itu.

Pada awalnya, mangsa tumpang sebuah lori. Tapi dia terpaksa ubah fikiran untuk menaiki teksi disebabkan pemandu lori itu mabuk teruk dan sudah mula menyentuhnya. Mangsa kemudiannya menahan sebuah teksi ‘kongsi’ yang di dalamnya sudah ada 2 penumpang. Perjalanan diteruskan seperti biasa sehinggalah tiba di Plaza Tol Kherki Daula, pemandu teksi membuat u-turn secara tiba-tiba.

Dua penumpang tadi juga mula melakukan gangguan seksual terhadapnya. Bayi mangsa mula menangis tapi itu membuatkan mereka lebih agresif.

Selepas beberapa minit buat pusingan U, pemandu berhentikan teksi dan berkata kepada salah seorang lelaki dalam teksi, Hari, bawa makanan tu.

Mereka kemudian memandu ke sebuah kawasan gelap dan sunyi di mana mangsa diheret keluar dari teksi. Salah seorang dari suspek merampas bayi mangsa dan menutup mulut bayi dengan tapak tangannya untuk menghentikan tangisan anak kecil itu. Suspek bergilir-gilir merogol mangsa di situ. Mereja juga bergilir-gilir memegang dan menutup mulut bayi itu. Bila selesai, salah seorang lelaki melemparkan bayi ke pembahagi jalan.

Saya menjadi tak sedar diri ketika itu. Apa yang saya ingat adalah melihat kepala anak saya terhentak ke pembahagi jalan.

Hanya fikirkan anak.

Mangsa yang masih kebingungan terus mendakap bayinya dan berjalan kaki sehingga menghampiri sebuah kilang untuk minta bantuan pengawal keselamatan di situ. Sebaik saja matahari terbit, pengawal keselamatan kilang itu membantu mangsa mendapatkan teksi untuk menghantar mangsa ke rumah mertuanya. Saat itu dia hanya memikirkan keadaan bayi perempuannya yang kaku. Dia langsung tak fikirkan tentang dirinya.

Setibanya di rumah mertua, mangsa dan bapa mertuanya bergegas berjumpa doktor dan sayunya hati bila diberitahu anaknya telah meningal dunia. Namun, mangsa tidak yakin. Dia dan bapa mertuanya menaiki keretapi dari Gurugram ke Tughlakabad untuk bertemu dengan doktor lain. Tapi keputusan tetap sama. Bayi perempuannya disahkan mati. Mangsa akhirnya pulang ke Gurugram dan membuat laporan polis.

Saya sangat sedih atas kematian anak perempuan saya dan tiba-tiba isteri saya beritahu mengenai kes rogol itu. Saya mahu polis membuat tangkapan dengan segera.

Lakaran wajah perogol-perogol dan pembunuh bayi perempuan. Kejam sungguh! Sudahlah dirogol ibu, anaknya pula dibunuh.

Kredit : Times of India

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×