berita

Selesai Jalani Pembedahan, Wan Sharmila Hadapi Kesukaran Untuk Berlakon

November 30th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Petang semalam telah berlangsungnya majlis ramah mesra antara para pelakon drama ‘Spy M’ terbitan Radius One Sdn Bhd yang telah diadakan di Sri Pentas, Bandar Utama.

Drama arahan Ramli Long ini diterajui oleh pelakon-pelakon hebat seperti Wan Sharmila, Sharifah Shahira, Amyza Adnan, Zalif Sidek serta Jason Chong. Drama penuh aksi ini akan mula ditayangkan di TV3 pada 3 Disember di slot Aksi bermula jam 9 malam.

Menurut Wan Sharmila atau lebih mesra dipanggil Lala, menerusi drama ini dia menghadapi sedikit kesukaran untuk melakonkan babak aksi kerana dirinya baru sahaja selesai menjalani pembedahan Ogos lalu. Meskipun  begitu, pelakon manis ini akui cuba untuk melawan kesakitan tersebut dan lakukan yang terbaik untuk drama ‘Spy M.’

“Saya baru je lepas ‘operation’ bulan puasa hari tu. Hampir sebulan saya berada di hospital, tapi selepas dua minggu keluar hospital saya dah mula bekerja, di mana saya ikuti sesi ‘photoshoot’ di India. Insyallah 4 hari bulan ni saya ada ‘second checkup’ dan saya takut sangat. Harap-harap semuanya OK.”

“Sebenarnya saya bukanlah orang yang selalu sakit, tapi ada satu hari tu saya tengah ‘shooting’ tiba-tiba terasa sakit sangat dibahagian pinggang dan saya terus dikejarkan ke hospital. Setelah beberapa hari berada di hospital barulah saya jalani pembedahan dan Alhamdulillah semuanya selamat. Tetapi di sini saya minta maaf sebab tak boleh sebut sakit apa.”

“Disebabkan pembedahan tersebut saya terpaksa limitkan pergerakan dan babak aksi saya dalam drama ‘Spy M,’ tapi saya cuba juga lawan sakit ini,” ujar Lala sambil tersenyum manis.

Mengulas lebih lanjut mengenai diri Lala, pasti ramai peminat tertanya-tanya bilakah gadis manis ini akan menamatkan zaman solonya dan adakah dia sudah mempunyai teman istimewa?

Lantas Lala menjawab, “Susah nak cari sebab tak ada yang betul-betul OK dan belum jumpa yang ‘single’ lagi. Memang la orang cakap jangan cerewet, tapi dalam bab-bab macam ini kita kena pilih juga.”

“Kalau boleh memang saya nak elakkan berkahwin dengan suami orang sebab takut nanti orang ‘kondem’ dan tak elok untuk orang mengata pasal diri kita.  Lagipun saya tak kisah lelaki tersebut macam mana asalkan orangnya selesa untuk didekati.”

“Sekarang ini saya tak mencari, tapi sedang menunggu. Lagipun saya memang suka keluarga yang besar dan suka budak-budak,” ujar Lala sambil tergelak kecil.

SKIP THIS AD ×