berita

Semakin Aktif Buat Business MLM, Azad Jasmin & Eira Syazira Tak Kisah Dikecam

July 10th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

astro raya 2014-20

Sebut sahaja multilevel marketing (MLM) pasti ramai dah undur diri awal-awal kan? Sama lah dengan saya. Bukan apa, macam dah fobia pula bila seringkali terdengar kisah penipuan bisnes networking.

Maka, saya jadi hairan bila melihat laman Instagram Azad Jasmin dan Eira Syazira yang semakin giat dengan business MLM sehingga timbul desas-desus bahawa mereka sudah berhenti berlakon. Alamak, tak takut ke kena tipu atau didakwa menipu?

Berkesempatan untuk menemui mereka di Majlis Tayangan Perdana Program Astro Raya, Azad dan Eira mengatakan bahawa mereka tidak kisah dikecam kerana niat mereka hanya untuk membantu orang Melayu.

azad dan eira-1Azad dan Eira makin seronok berbisnes

“Kami nak jelaskan di sini bahawa kami tidak pernah berhenti berlakon. Perkara itu adalah rumours semata-mata. Semasa ditemubual dulu, Azad mengatakan bahawa dia berehat seketika daripada berlakon sebab nak tumpukan perhatian pada business yang dia buat sekarang. Kami masih sayangkan bidang lakonan.”

Sanggup mengenepikan lakonan demi menjalankan perniagaan, Azad tidak menafikan bahawa pendapatannya kini lebih lumayan berbanding bidang lakonan.

“Walaupun kami dikecam, Alhamdullilah, kami jadi semakin murah rezeki. Kecaman tu bagus sebenarnya dan saya tak faham kenapa orang kita berfikiran negatif pada sesuatu business.

Kita kena kaji dulu latar belakang syarikat tersebut. Jadi, bila diberi peluang oleh Dato’ untuk menjadi main runner, apa salahnya saya buat dan bantu orang Melayu?”

Kredit Foto: Instagram Azad Jasmin & Eira Syazira

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×