Senarai 12 Finalis Layak Ke Anugerah Juara Lagu 27 (AJL 27) - OHBULAN!

berita

Senarai 12 Finalis Layak Ke Anugerah Juara Lagu 27 (AJL 27)

November 26th, 2012 | by Ell | 18 comments
Kini Trending

Jika musim lepas, Anugerah Juara Lagu 26 (AJL 26) telah menyaksikan Hafiz berjaya merangkul anugerah ‘Juara Lagu’ dan juga ‘Vokal Terbaik’, tahun ini bakal menyaksikan lebih ramai nafas baru berjaya layak ke peringkat akhir anugerah yang penuh berprestij ini.

Antara penyanyi baru yang terus menyinar dan layak ke Anugerah Juara Lagu 27 (AJL 27) termasuklah Amir Jahari, Bedroom Sanctuary, Mojo dan juga Shila Amzah. Namun begitu, Hafiz yang telah merangkul trofi juara pada musim lepas masih tetap berada di dalam senarai finalis untuk tahun ini dengan lagunya, ‘Ku Akui’ dan juga duet bersama Adira, ‘Ombak Rindu’.

Lebih menarik, Shila Amzah sekali lagi layak dengan lagu ciptaannya sendiri, ‘Patah Seribu’ selepas berjaya merangkul anugerah di Anugerah Industri Muzik ke-19 untuk trofi ‘Anugerah Lagu Terbaik’ serta trofi ‘Power Vocal Award’ di Shout Award 2012. Adakah kali ini penyanyi yang berusia 22 tahun ini sekali lagi akan mencipta sejarah?

Berikut adalah senarai lagu layak ke Anugerah Juara Lagu 27 yang akan berlangsung pada 6 Januari 2013.

Idola – Azlan & the Typewriter

Pelangi Senja – Stacy

Terukir Di Bintang – Yuna

Anak Kampung – Jimmy Palikat & One Nation Emcee

Ombak Rindu – Hafiz & Adira

Tanpamu – Amir Jahari

Lagu – Bed Room Sentuary

Teman Pengganti – Black & RJ

Ku Akui – Hafiz

Simetri – Hazama & Amy Seach

Andai Ku Bercinta Lagi – Mojo

Patah Seribu – Shila Amzah

Anda sudah dapat agak siapakah yang bakal merangkul anugerah untuk AJL 27 nanti?

Ell

Ell

Editor at M Driven Sdn Bhd
A marketing student who suddenly throw himself into a world of entertainment. He start himself zero and now you can call him a hero. Wuuuu!

18 Comments

  1. cmratu says:

    hafiz lagi tahun ni.. :)

    (0)
  2. may says:

    shila akan menang

    (0)
  3. facebook_tRiQkY says:

    semua best. !!!!!

    (0)
  4. Amer87 says:

    Hafiz dgn lagu Ku Akui boleh menang…
    =]

    (0)
  5. Maylowbee says:

    TV3 bodoh kalau x suruh Neelofa jd Host AJL nanti! Neelofa berbakat dlm segala bidang!

    (0)
  6. Calon Lagi Layak says:

    Tak de selera nak tengok dh! Dh lah lagu2 ntah ape2 ntah, kurang org minat..de 2 je pmpuan je yg compete..yg lain semue jantan2 serabain tak geti sikat rambut atau muka pecah! Walau dpt tiket free pn tahun ni aku tak pergi cam tahun2 lepas. Penyanyi2 majoriti tak glamour lngsung..syok sendiri lah tv3 tahun ni!

    (0)
  7. bulat says:

    Agak2 lagu ramlah ram tak dapat sebab ketua juri dia ker? manalah tau kan kisah lama…..

    (0)
  8. Apsal yuna lagu terukir di bintang jer dimana-mana, lagu len lagi best ada ape, nape bertahun nak terukir di bintang jer? Juri pemalas cari lagu ke ape?

    (0)
  9. ish ish ish says:

    ala, lagu sampai ke bintang pun tak dapat masuk jugak…kebanyakan lagu yg masuk tak berapa best pun….aku rasa lagu ombak rindu leh menang taun nih.

    (0)
  10. Ajeem says:

    lagu fiq duet ngan akim tu apsal tak masuk gila tull

    (0)
  11. faznor amin says:

    lagu favorite ajl 27 yg akn menang patah seribu…..shilalas……

    (0)
  12. pak mat says:

    aku harap malique ada nanti..ganti RJ

    (0)
  13. hitler says:

    AZLAN & THE TYPEWRITER menang…..lan power vocal.aku harap malique rap ganti rj.bad room sentuary ada harapan….aku sokong neelofa jadi hos.amir jahari cool…aku harap ajl ada simetrinya…ku pergi sendiri dan takkan kembali maafkan segala perbuatan ku kepada mu…..hahahaha.MC16!!

    (0)
  14. twitter_akhmaar says:

    AZLAN & THE TYPEWRITER menang…..lan power vocal.aku harap MALIQUE rap ganti rj.BAD ROOM SENTUARY ada harapan…AMIR JAHARI cool…aku sokong NEELOFA jadi hos.aku harap ajl ada simetri…..ku pergi sendiri dan takkan kembali maafkan segala perbuatan ku kepada mu…..hahahaha.MC16!!

    (0)
  15. wanie says:

    lagu biar sampai ke bintang lagi layak masuk dr lagu anak kampung tu

    (0)