berita

Senarai Top 3 Tak Layak Berada Dalam #AF2014. Setuju?

September 29th, 2014 | by Ai
Kini Trending

af2014

Ya, penyingkiran Muna di konsert ke-4 Akademi Fantasia malam tadi memang benar-benar meninggalkan kesan. Tak disangka pelajar yang menunjukkan peningkatan terbaik di Akademi menjadi mangsa undian penonton.

Artikel Berkaitan : Muna Tersingkir, Undian #AF2014 Lebih Bersandarkan Rupa Dari Bakat

Tapi, tak apalah. Nasi dah jadi bubur. Mungkin kerjaya Muna akan lebih baik diluar sana. Betul tak? Untuk entri kali ini, kami nak ajak anda sama-sama berfikir mengenai pelajar yang masih kekal tapi masih belum nampak sinarannya.

Tak dinafikan, pelajar-pelajar ini mempunyai karakter dan tone suara yang tersendiri. Namun, apa yang menjadi kegusaran kami apabila masih ada lagi pelajar yang berada didalam ‘comfort zone’ mereka.

10408535_756005991138527_7260834452752660865_n

Korang setuju tak kalau kami katakan Aman, Ziha dan Nina sepatutnya tak layak berada dipentas AF? Memang tak dapat dinafikan masing-masing mempunyai mutu suara berbeza.

Tapi, nampaknya ketiga-tiga mereka masih belum berjaya membuat kami terpaku dengan persembahan yang ditampilkan. Persoalannya, sampai bila AF mahu melahirkan anak seni yang tak berkualiti?

Jom kita #throwback sikit bekas pelajar AF yang bertahan lama di akademi tapi tak kemana selepas keluar dari akademi. Antaranya, Mas AF2, Nija AF1, Faizal AF4 dan Nabila AF2013.

Dimana perginya mereka sekarang? Bahkan masih ramai lagi pelajar AF yang tenggelam dari yang timbul. Bila kami saksikan persembahan Aman, Ziha dan Nina, kami sendiri merasakan mereka ini sebenarnya hanyalah seperti penambah perisa sahaja.

Nak kata berbakat, masih tak nampak lagi dimana kekuatan mereka. Jika nak dibandingkan dengan peserta realiti program luar negara seperti The Voice, hmm, jawabnya jauh panggang dari api.

1524871_755971861141940_7972237454181059183_n

Apapun, ini hanya pendapat kami yang memerhati. Mereka yang terpilih pastinya yang terbaik dikalangan yang baik, betul tak? Kalau bukan terbaik dimata kami, pasti elok dimata juri.

Pinta kami, pengundi-pengundi diluar sana, buatlah pilihan yang terbaik. Janganlah sampai ada lagi pelajar yang berbakat tersingkir selepas ini.

SKIP THIS AD ×