berita

Seniwati Mariani Meninggal Dunia

December 1st, 2015 | by Wan
Kini Trending

cover mar

Primadona Mariani atau Mariam Ismail disahkan meninggal dunia di kediamannya di Sentul pada 7.32 malam tadi.

Berita sedih itu disahkan sendiri oleh anak pelakon itu, Melissa Saila. Setakat ini, Melissa ketika dihubungi sedang menguruskan jenazah ibunya.

Allahyarhamah yang berasal daripada Singapura pernah membintangi beberapa filem antaranya Masam Masam Manis, Tiga Abdul, Ahmad Albab dan banyak lagi.

Kami di OHBULAN! mengucapkan salam takziah kepada keluarga dan mudah-mudahan allahyarhamah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah

Sumber : Berita Harian

SKIP THIS AD ×