berita

Sepatu Tinggi Terhangat Musim Ini

September 25th, 2012 | by Ai
Kini Trendy

sepatu-wedges_2126

Warna-warni lambang personaliti diri. Pemilihan warna mampu mempengaruhi emosi jiwa si pemakai. Lebih-lebih lagi jika rona warna tersebut terdapat pada gaya aksesori di tubuh badan anda. Kini, Ohbulan! membawakan corak terbaik dengan rona warna menarik yang merupakan stail terkini dalam bergaya iaitu kasut tumit tinggi bertapak rata dimana corak reka bentuknya dan rona warna yang menarik tersebut mampu menghasilkan imej yang ceria.

Bagi si gadis yang inginkan kelainan, sepatu tinggi bertapak rata ini mampu menyerlahkan personaliti si cantik dengan corak reka bentuknya serta permainan warna yang digunakan mampu menyerlahkan kejelitaan si pemakai.

Hasil gabungan warna yang menarik, mampu menonjolkan sifat ceria diri si pemakai tatkala menggayakannya. Gabungan berperincian ‘studs shoes’ dibelakang tapak, mampu mencipta aura si cantik dalam ketegasan.

Tali-tali terbaik dengan cengkaman kuat pada ibu jari kaki hadapan memberi tahap kestabilan yang tinggi apabila menggayakan tumit tinggi bertapak rata berwarna menarik ini.

Selain memberikan ciri-ciri keselesaan kepada si pemakai, ianya juga mampu menaikan aura seri keceriaan kepada si pemakai tatkala menggayakannya.

Berikut foto-foto sepatu tinggi bercorak menarik terhangat musim ini:

Sumber : Boutique HOB!

SKIP THIS AD ×