
Tak ada angin tak ada ribut, tiba-tiba Joyah terdengar sayup-sayup di angin lalu mengatakan bahawa cinta anak dara Chef Wan dengan jejaka idamannya sudah pun berkubur.
Aik! Baru sahaja menyemai cinta dah ambil keputusan untuk bawa haluan masing-masing? Sedihnya. Joyah tengok Serina memang cocok dengan jejaka idamannya itu yang juga seorang jurutera kacak lulusan sebuah universiti luar negara.
Lagipun cintanya itu mendapat restu papanya, Chef Wan yang Joyah dengar memang setuju benar dengan pilihan hati anak daranya itu.
Joyah dengar, cinta yang baru disemai dua tahun itu tak menjadi apabila si jejaka belum bersedia untuk meminang Serina sedangkan Serina pula sudah bersedia menjadi isteri orang.
Baru-baru ini Joyah terserempak dengan Serina ketika selesai penggambaran di studio Utusan. Dia nampak cantik. Dan seperti selalu tetap ‘mesra alam’, kata budak-budak sekarang.
Sempat juga dia menegur Joyah walaupun ketika itu dia kelam kabut untuk menghadiri sebuah majlis selepas sesi fotografinya itu. Sempat juga dia membisikkan ke telinga Joyah yang dia kini dah putus cinta.
Rupa-rupanya dah empat lima bulan juga Serina kembali solo. Joyah dengar antara punca keretakan hubungan kerana berjauhan. Iyalah, buah hati pengarang jantungnya itu kena hantar bekerja ke Amerika Syarikat.
Dan dengar-dengarnya juga, mereka adalah berbincang nak kahwin tetapi khabarnya si jejaka belum bersedia sebab baru sahaja setahun bekerja. Mungkin duit simpanan pun belum mencukupi.
Iyalah, orang baru nak bekerja. Lain pula kisahnya dengan Serina yang sejak masih bersekolah sudah bekerja.
Bayangkan dia dah berlakon sejak umur 16 tahun dan kini, pada usianya 26 tahun, Joyah fahamlah kalau dia rasa inilah masa terbaik dia berumah tangga.
Orang dah besar panjang dan dah sejak sedekad pegang duit sendiri. Dah puas enjoy dan kini merasakan waktu terbaik untuknya hidup bersama pujaan hati.
Dia pun memang dah bersedia untuk menjadi isteri orang. Mungkin memandangkan usianya sudah mencecah 26 tahun.
Nak tak nak, mereka ambil jalan terbaik, bawa haluan masing-masing. Tak ada gaduh-gaduh pun. Semuanya secara baik. Lagipun, mereka berpisah bukan kerana masalah pihak ketiga, ke empat dan sebagainya.
Cuma mungkin inilah yang dinamakan tiada jodoh walaupun masing-
masing masih punya rasa sayang dan kasih antara satu sama lain.
Joyah harap Serina tabah menghadapi kekecewaan cintanya. Dengarnya hujung minggu ini Serina nak ke Indonesia.
Tapi relakslah. Dia bukan nak bawa hati yang lara ke sana tapi dapat tawaran mengacara untuk sebuah program kerjasama tiga negara.


muda lagi…takpe,takpe…cari lain je…
hensem giler nak mapos.skg dah jadi bf aku.padan muke!!!!!!!!!
Aku ni keja kat hotel aku pena nampak serina n chef wan serta balak baru serina mat salleh ohh.. Aku dekar 2 bakal suami serina..
la kena sabar la kalo laki nk g amerika..if i were serina..sye ikot k america..haha! dh la..bg jear ex die kt sye..sye pn duk oversea gak..kahkah!
ensem gak xbf dia ni…
senior aku yg dulu bukan main takot ngan popuan tetibe bercinta ngan artis..berubah 360%… dahsyat
ape lak kata mamat ni kje kat oversea..
dia kat mlsyia kot..koz jd fwen dia kat ms..
dia model..
kat ms siap de pic dia ngn gf dia la..mesra gitu..
konfius2..