berita

Serlah Aura Santai Dengan Seluar Kembang Palazzo!

September 20th, 2012 | by Ai
Make-It-Senang

Imej yang santai dan ringkas menjadi pelengkap kepada si cantik tatkala bergaya. Imej yang ringkas memudahkan si cantik melangkah dengan lebih berkeyakinan. Berteraskan seluar kembang palazzo dan baju singkat tummy-baring cropped top, Ohbulan membawakan beberapa fesyen yang boleh memberikan panduan kepada si cantik tatkala bergaya.

Baju singkat putih dengan corak lambang hati dipadankan dengan seluar palazzo kembang daripada rona berwarna merah jambu mampu memberikan keayuan kepada si cantik.

Hasil kombinasi pakaian tersebut ditambahkan dengan aksesori memikat iaitu subang bulu berjurai, cincin siperkemaskan dengan bentuk bunga rose merah, sandal putih ikatan istimewa dan sebuah beg bimbit daripada warna pastel. Pasti anda tampak cantik!

Hitam putih kehidupan member aura keserian terhadap penampilan. Hasil gabungan seluar palazzo berbintik hitam putih dan baju singkat berwarna putih, ianya mampu menaikkan seri si jelita.

Tidak lengkap sekiranya tiada aksesori pada tubuh badan, jadi lengkapkanlah imej anda dengan sebuah beg tangan rotan, sepasang sandal putih, subang bulu berjurai dari rona hitam dan coklat dan sebuah kaca mata hitam memikat!

Inginkan penampilan ceria dan menarik? Tirulah gaya ini dimana anda hanya perlu memadankan seluar palazzo berbunga dengan baju singkat berjurai daripada rona oren lembut.

Hasil gaya tersebut akan lebih memikat jika dipadankan dengan sepasang sandal berwarna perak, sebuah beg tangan daripada anyaman buluh, seutas gelang tangan yang menarik, lilitan leher  yang mempersona  dan subang juraian berbulu yang terbaik!

SKIP THIS AD ×