Sertai Program ‘Saya Nak Cuti’ & Berpeluang Menjadi Hos Rancangan Anda Sendiri

Sertai Program ‘Saya Nak Cuti’ & Berpeluang Menjadi Hos Rancangan Anda Sendiri

Dikemaskini oleh M pada January 22nd, 2010
General 0 Respon

Program realiti percutian ‘Saya Nak Cuti’ hasil kerjasama Malaysia Airline (MAS) dan Astro RIA menawarkan peluang memenangi percutian idaman ke destinasi pilihan anda. Dan bukan itu sahaja, anda juga berpeluang menjadi hos rancangan percutian anda sendiri, sekaligus membuka peluang kepada anda untuk merasai pengalaman menjadi personaliti TV.

Sering kali kita teruja untuk berceritakan pengalaman bercuti di luar negara, namun kerana kekangan masa, kita hanya mampu berkongsi gambar bersama teman rapat. Dan, program realiti berkonsepkan percutian ini mampu menunaikan hasrat anda untuk bercerita secara langsung pengalaman anda bercuti kepada seluruh penonton rancangan ‘Saya Nak Cuti’. Bayangkan, para penonton di luar sana berasa teruja dengan kisah suka-duka anda, seperti kisah chef masakan yang hebat sehingga kisah cinta anda berputik di sana,amat menyeronokkan, bukan?

Untuk menyertai program realiti ‘Saya Nak Cuti’, syaratnya amat mudah. Pertama, anda perlu menghantar gambar anda yang paling glamor berukuran 4R dan sertakan karangan tidak lebih 350 patah perkataan dengan kandungan ‘Mengapa anda harus diberi peluang bercuti dan apa yang anda idamkan’.. Semua penyertaan perlu dihantar ke www.mastraveller.com sebelum tarikh tutup pada 31hb Januari 2010.

Sesuatu yang istimewa mengenai program ‘Saya Nak Cuti’, anda boleh mencalonkan orang lain atau sesiapa yang layak dalam penyertaan tersebut.  Fikirkan situasi ini, anda sudah lama ingin memberikan hadiah teristimewa buat orang tersayang, tetapi tidak berkesempatan. Kami yakin tidak sukar untuk anda menulis sebuah karangan buat si dia? Mana tahu, karangan anda mempunyai aura yang kuat untuk menangkap hati juri lantas berpeluang memenangi percutian hebat ke merata dunia, dan semua ini dilakukan untuk yang tersayang. Romantik, bukan?

Pihak juri akan menyenarai pendek 20 peserta terbaik sebelum mara ke peringkat seterusnya. Butir-butir 20 finalis terbaik akan dimuatkan dalam laman mikro masing-masing di www.mastraveller.com. Finalis-finalis ini digalakkan untuk menulis blog dan berinteraksi dengan orang ramai di laman mikro khas mereka untuk meraih undi.

Keputusan mingguan akan dikeluarkan selama 4 minggu berturut-turut dan 2 peserta dengan markah terendah akan disingkirkan. Orang ramai digalakkan mengundi peserta kegemaran anda agar mereka berjaya ke peringkat final. Pada peringkat final, para juri akan memilih 7 pemenang daripada 12 finalis yang akan merealisasikan percutian idaman mereka. Percutian kesemua pemenang ini akan dirakamkan dan bakal bersiaran di Astro Ria(104) pada tarikh yang akan diumumkan kelak.

Ayuh, apa lagi? Ringankan jari anda dan mungkin anda berpeluang besar memenangi percutian yang selama ini anda idamkan.

Anda boleh membaca contoh karangan ‘Mengapa anda harus diberi peluang bercuti dan apa yang anda idamkan’. Kami memilih Bali sebagai destinasi percutian pilihan. Kami sertakan beberapa isi-isi penting dalam karangan ini sebagai panduan anda.

Bali menjadi pilihan saya bukan saja kerana keindahan pantainya tetapi juga mitos silam yang tersimpan.

Beberapa tempat menarik seperti Kintamani dengan suasana yang sejuk serta pemandangan indah, Gunung dan Tasik Batur juga menggamit hati saya. Malah saya dianggap tidak ke Bali kalau tidak sampai ke Kintamani dan Tanah Lot, dua destinasi pelancongan yang begitu sinonim kepada pelancong dengan kedudukan satu di puncak gunung berhawa sejuk dan satu lagi di tepi laut luas terbentang.

Tanah Lot juga mempunyai daya tarikan lain iaitu sebuah telaga di bawah perut sebuah pulau kecil yang ditenggelami air laut ketika air pasang. Bagaimanapun, uniknya, air dalam telaga berkenaan tetap tawar selepas air surut. Pelancong boleh merasa atau minum air atau membasuh muka seperti kebiasaan.

Selain itu, saya juga ingin ke Ubud dan Pasar Kumbasari sebuah kawasan yang terkenal dengan kraftangan ukiran dan lukisan. Di pekan, ia menjadi tumpuan pelancong untuk mendapatkan cendera mata yang cantik dan murah sebagai hadiah kepada sanak saudara.

Tempat bersejarah seperti di Begudul dan Goa Gajah masing-masing kaya dengan kisah lagendanya. Di Begudul, saya boleh menyaksikan keindahan ukiran berhala yang berusia ratusan tahun manakala di Goa Gajah saya boleh melihat pelancong bermeditasi dan berdoa untuk mendapat restu dari dalam Goa Gajah (mengikut kepercayaan penganut Buddha) hajat konon termakbul.

Saya juga ingin melihat sendiri secara dekat tarian kecak yang diadaptasikan daripada epik Ramayana. Tarian ini pada dasarnya menceritakan tentang kisah putera Rama yang telah dibuang dari kerajaan Ayodya kerana dirinya dikhianati. Kemudian, isterinya Sita telah diculik oleh Rahwana, Raja Raksasa yang mengilai Sita kerana kecantikannya. Maka, bermula sebuah kisah dimana Putera Rama cuba menyelamatkan Sita dengan pertolongan daripada Hanuman, Raja Segala Monyet.

Saya juga tidak perlu berasa risau dengan kesukaran mendapat makanan halal kerana banyak restoran yang diusahakan orang Minang menyediakan makanan untuk pengunjung Islam.

Saya sepatutnya diberi peluang untuk bercuti ke Bali kerana saya mengetahui destinasi-destinasi menarik di sekitar Bali yang harus saya lawati. Selain itu, saya juga amat mengagumi mitos serta budaya masyarakat Bali yang berusia ribuan tahun dimana setiap cerita dan tarian dipersembahkan dengan cara yang sangat unik dan mempunyai maksud tersendiri.

Blog Widget by LinkWithin

0 Respon

Respon dari Pembaca OHBULAN!

Komen telah ditutup.

Arkib

Anda sedang membaca entri Sertai Program 'Saya Nak Cuti' & Berpeluang Menjadi Hos Rancangan Anda Sendiri.

Kembali Ke Muka Hadapan

Siapa di OHBULAN!

Tweet… Tweet…

Ikuti OHBULAN! →

Komen Terkini

  • c0ldblod: jgn dok selak kain orang…kain sendiri terselak.. hmm…yang komen pandai sangat ker? beriye2...
  • Fatina Aziz: tak baik cakap macam tu ya. setiap org ada rezeki masing2… tidak rugi jika kita doakan semoga siti...
  • Fatina Aziz: diharapkan Siti terus bersabar dan terus berusaha untuk hamil. jangan give up ya Siti.. saya pasti...
  • fauziah: ko ni mmg x sdr diry btollah..TIZZZZ ZAKYAH ..KO 2 DAHLAH bsuk haty ado haty nok ko owng...
  • lost guy: Apape pun..mntk maaf kepada mawi atas nasihat ni. Jgn pergunakan agama untuk tujuan duniawi, Sebaliknya...
  • lost guy: Memang benar tak sempurna iman sehingga mencintai saudaranya seperti mencintai dirinya sendiri. Tapi dah...
  • Mama Murai: *Ralat* bukan MR M tapi —–> MR N tak payah duk promote web hg tue….. cari pelanggan...
  • Mama Murai: Kesian M.. sabar jer lah M… nampak sangat ada yang just mengambil kesempatan kata you tue best.....
  • hohoho: endon memang kepale nenek dia yg peliknyer mcm mana dia bley tau kita pyer citer and lagu padahal kite x jual...
  • aku: btl la mea..ak pn nek png nga dorg nih..duk nk mngata org jer..diri sndri xsdr..bwk2 la muhasabah diri..kurg org...
Improve the web with Nofollow Reciprocity.