berita

Seventh Son : Filem Aksi Penutup 2014 Paling Perfect!

December 31st, 2014 | by Wan
Filem Antarabangsa

cover

Apa yang akan korang lakukan sekiranya secara tiba-tiba dikerah untuk melawan kuasa jahat dek kerana korang anak yang ketujuh daripada tujuh beradik? Cabut lari atau teruskan menentang kuasa jahat? Haa mesti korang pilih cabut lari kan.

Berbeza pula buat Tom Ward lakonan Ben Barnes yang menawarkan diri mengikuti Master Gregory (Jeff Bridges), seorang pahlawan kesatria untuk menentang kuasa jahat yang diketuai oleh ahli sihir hebat, Mother Malkin (Julianne Moore).

Filem yang diangkat ke layar perak berdasarkan novel The Last Apprentice ini diarahkan oleh Sergei Bodrov dibantu oleh beberapa orang pengarah lain yang pernah menghasilkan filem pecah panggung seperti Godzilla dan 300 : Rise Of An Empire. Jadi apa yang menariknya tentang Seventh Son?

Manusia Biasa VS Ahli Sihir

mqlkin

Secara lazimnya Tom bukanlah dilahirkan sebagai seorang superhero yang mempunyai kuasa luar biasa namun bagi merungkai ‘bayangan’ yang sering menghantui kehidupannya, dia mengambil keputusan untuk berguru dengan Master Gregory.

Dek kerana waktu yang semakin singkat sebelum berlakunya peristiwa ‘bulan merah mengambang penuh’, Tom hanya mampu mempelajari serba sedikit tentang bagaimana menentang kuasa jahat.

Macam mana Tom nak lawan ahli sihir yang beribu kali lebih hebat daripada dirinya kalau dia sendiri pun tak bersedia? Tom ada kuasa juga ke? Spoiler alert, Tom separa manusia!

Cinta Antara Dua Darjat

dua

Dalam sibuk-sibuk nak menentang Mother Malkin dan geng-geng ahli sihirnya yang terdiri daripada Urag, Radu, Virahadra dan ramai lagi, sempat pula si Tom ini bercinta dengan Alice yang sebenarnya ditugaskan oleh ibunya untuk mengintip pergerakan Tom dan Master Gregory.

Namun hubungan terlarang mereka sudah pasti mendapat tentangan daripada Master Gregory dan Mother Malkin yang bermusuhan sesama sendiri dan menyimpan dendam dek kerana kisah silam yang pernah mereka lalui. Kisah silam apa pula ni?

Filem Penutup 2014

http---makeagif.com--media-12-17-2014-OLo4MQ

Penuh dengan persoalankan cerita ini? Adakah cinta Tom dan Alice akhirnya bersatu? Dapatkah manusia biasa menewaskan ahli sihir yang super power? Jangan lupa book tiket awal-awal sebab Seventh Son akan mula ditayangkan pada 31 Disember 2014!

Sarat dengan aksi pertempuran di antara manusia biasa dan kuasa jahat, bagi kami Seventh Son adalah filem yang perfect untuk menutup tahun 2014! Nah kami sertakan trailer filem Seventh Son untuk tontonan korang.

SKIP THIS AD ×