berita

Sha Memang Dah ‘Layu’ Dengan Komen Yang Tak Tahu Hujung Pangkal – Respon Shila Amzah

August 20th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

Shila Amzah 1

Rasanya sekarang ni ramai selebriti lebih senang menggunakan laman sosial untuk memberikan penjelasan mengenai isu yang menimpa diri mereka.

Semalam, kecoh juga bila para peminat penyanyi berbakat besar, Shila Amzah dikatakan mula ‘jauh hati’ dek kerana sekeping foto yang didakwa bagaikan ‘downgrade’ orang Melayu.

Artikel Berkaitan: Dikatakan ‘Downgrade’ Orang Melayu : Shila Amzah Teruk Dihentam!

Artis mana yang tak sayang peminat kan? Mungkin atas alasan itu, Shila Amzah akhirnya membuat penjelasan terhadap isu tersebut sekaligus memohon maaf atas salah faham yang timbul.

Screen Shot 2014-08-19 at 8.33.24 PM

Penjelasan Shila Amzah menerusi laman Instagramnya

Bak kata pepatah ‘terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya’. Mungkin lepas ni Shila Amzah kena fikir dua tiga kali, malah beribu-ribu kali sebelum memuat naik apa-apa status yang boleh menimbulkan kontroversi.

Al-maklumlah, peminat di Malaysia ni memang pantas. Apa sahaja kontroversi akan cepat menular dan seterusnya akan mendatangkan akibat buruk kepada nama baik selebriti juga kan?

Bagaimanapun, ada juga peminatnya yang memahami situasi yang dihadapi oleh Shila Amzah dan berharap agar gadis itu terus tabah mengharungi pancaroba untuk bergelar seorang selebriti.

Kredit foto: Instagram Shila Amzah

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×