berita

Sharnaaz Ahmad Sekali Lagi Bakal Digandingkan Dengan Nelydia Senrose. Apa Pendapat Anda?

April 29th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

BKATC

Siapa yang suka melihat gandingan Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose dalam drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta (BKATC)? Jika ya, kami ada berita baik buat anda.

Khabarnya, dua pelakon kegilaan ramai ini bakal dipertemukan sekali lagi dalam sebuah drama terbaru terbitan Pena Creative Sdn. Bhd yang berjudul Di Bawah Lindungan Kaabah.

Menurut laporan mStar Online, walaupun Sharnaaz seringkali dihambat kontroversi, keserasiannya dengan Nelydia membuatkan mereka bakal bergandingan sekali lagi.

Ziela-Jalil
Tak hirau kontroversi, Ziela Jalil satukan Sharnaaz dan Nelydia dalam drama terbaru terbitannya

Menurut Pengarah Urusan Pena Creative Sdn. Bhd iaitu Ziela Jalil, pihaknya sedikitpun tidak terjejas dengan kontroversi yang melanda pelakon tersebut.

Saya suka dengan keserasian mereka dalam drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta dan saya akan gandingkan mereka drama adaptasi novel berjudul Di Bawah Lindungan Kaabah.

Namun kali ini watak mereka berlainan dan bertentangan dengan drama itu. Novel itu merupakan antara novel terlaris di pasaran dan ada pengikut tersendiri.

Bagaimanapun, pasti peminat mula terfikir apa pula gosip yang bakal melanda Nelydia dan kekasihnya iaitu Qi Razali kali ini.

Maklum sajalah, semenjak lakonan romantisnya dengan Sharnaaz dalam drama BKATC mendapat perhatian, ramai peminat menginginkan Sharnaaz dan Nelydia bersama hingga timbul desas-desus mengatakan kononnya hubungan Qi dan Nelydia sudah berakhir.

Kini, sekali lagi Sharnaaz dan Nelydia bakal digandingkan, namun, apa pula pandangan Qi? Kami telah berusaha mendapatkan komen Qi mengenai perkara ini tetapi gagal kerana khabarnya jejaka itu berada di luar negara atas urusan kerja.

Nampaknya peminat drama melayu tanah air sekali lagi bakal disajikan dengan lakonan hebat Sharnaaz dan Nelydia. Mampukah mereka mengulangi kejayaan sebelum ini? Sama-sama kita nantikan.

Selain itu, drama tersebut turut menampilkan nama-nama hebat industri hiburan tanah air seperti Keith Foo, Diana Danielle dan Azlee Khairi.

SKIP THIS AD ×