berita

Zahiril Adzim Teruja Shera Aiyob Selamat Bersalin

June 19th, 2013 | by Yusmirnadia | 7 comments
Kini Trending

Zahiril Adzim Teruja Shera Aiyob Selamat Bersalin

Pasangan pelakon yang sama cantik sama padan ini akhirnya bergelar ibu dan ayah kepada bayi lelaki yang baru dilahirkan petang tadi. Menerusi laman Twitter milik Zahiril, pelakon itu berkongsi rasa syukur dan keterujaannya terhadap berita gembira itu.

Zahiril Adzim Teruja Shera Aiyob Selamat Bersalin

Melalui laman sosial itu juga Zahiril sempat meluahkan rasa terima kasih di atas ucapan selamat yang diterima dari rakan-rakan serta peminat setia mereka.

Zahiril Adzim Teruja Shera Aiyob Selamat Bersalin

Malah beberapa minit selepas itu, Zahiril juga telah menukar Bio di profile Twitter miliknya dari ‘Bakal Daddy’ kepada ‘Dah Jadi Daddy’. Memang cukup terserlah keterujaan Zahiril saat pertama kali menjadi bapa.

Zahiril Adzim Teruja Shera Aiyob Selamat Bersalin

Buat masa ini belum ada gambar bayi dikongsikan tapi kami percaya ramai yang ternanti-nanti mahu melihat bayi pertama mereka ini. OHBULAN! sendiri pun tak sabar nak tengok, mesti comel kan?

Apapun, tahniah diucapkan buat kedua-dua pasangan ini. Semoga bayi yang dilahirkan kekal sihat dan selamat berpantang buat Shera.

Untuk pengetahuan semua, Zahiril dan Shera mendirikan rumah tangga pada 20 November 2011 di Perak.

7 Comments

  1. arisa says:

    cute couple, skrg dah dapat baby mesti cute sangat :)

    (0)
  2. Selamat menjadi mummy & dady.. welcome 2 da world baby..

    (0)
  3. Bidadari says:

    comel la mereka berdua ni. alhamdulillah dah dapat baby boy. Tahniah Zahiril dan Shera. Agaknya apa nama baby boy dia tu hehe

    (0)
  4. subtips.com says:

    Tak lama lagi jadi bapa la dia..

    (0)
  5. ucu_kedah says:

    seronok dengar pasangan dapat baby..xsabar nak sambut baby kedua bulan 10 ni

    (0)
  6. ikacilo says:

    Da tgk gmbar ank diaorg ni….memng kiut sgt2…….matanya yg pling kiut sbab nmpk mcm kaca yg brsinar…..comey sgt…….tahniah…..

    (0)