berita

Shila Amzah Luah Perasaan, Lagu “Masih Aku Cinta” Untuk Sharnaaz Ahmad

February 15th, 2013 | by Ell | 60 comments
Isu & Kontroversi

Shila Amzah Luah Perasaan, Lagu Masih Aku Cinta Untuk Sharnaaz Ahmad‘Masih Aku Cinta’. Cukup menggambarkan perasaan Shila sekarang.

Bukan mudah untuk melepaskan seseorang yang pernah kita sayangi. Apa lagi bila dialah yang pernah mengisi ruang kosong dihati dan sentiasa memberi sokongan dikala senang dan susah.

Itulah yang terjadi pada Shila Amzah. Hubungan cintanya bersama  Sharnaaz Ahmad bukan sahaja tidak direstui orang tua, malah sebelum ini juga ramai peminat yang kurang bersetuju dengan hubungan mereka.

Shila yang sebelum ini bersih dari segala kontroversi, tiba-tiba diduga dengan perkara yang paling menyakitkan. Kejayaan demi kejayaan dikecapi diperingkat tempatan. Malah, Shila juga telah mencipta nama di persada antarabangsa apabila dijulang sebagai juara untuk acara berprestij, Asian Wave 2012 yang berlangsung di Shanghai, China.

Namun, atas segala kejayaan yang dikecapi, tiada apa yang lebih menyakitkan apabila anak perempuan ND Lala ini terpaksa melepaskan orang yang disayanginya. Dalam erti kata lain, putus cinta.

Kerana kekecewaan yang teramat, Shila telah memuatnaik sebuah lagu ciptaannya yang ikhlas dari hati berjudul ‘Masih Aku Cinta’. Lagu ini menceritakan tentang dirinya yang masih meratapi perkara yang berlaku. Kebahagiaan yang dikecapi hanya sementara. Sanggupkah anda melihat anak gadis yang baik ini terus dilukai begini?

Mari dengarkan luahan hati Shila Amzah.

Lirik selepas ini.

Masih Aku Cinta oleh Shila Amzah

Biarpun kau tak lagi ada dengan ku
Takkan ku bisa melupakan mu
Cara mu,memanggil nama ku
Terasa seolah kau masih ada

Jauh di dalam sanubari ku
Tak ku relakan pemergianmu
Namun ku,’kan selalu doakan mu
Agar kau takkan terus terluka

Kau kan temui bahagia
Walaupun aku tidak bersama
Jangan kau gusar
Aku akan selalu ada
Dari jauh engkau masih ku cinta
Dari jauh aku masih mencinta

Takkan pernah ada penggantimu
Yang mem pertahankan ku sepertimu
Satu dunia,menentang cinta kita
Akhirnya kita terpisah jua

Yang mengenal mu cuma aku
Tidak ku menyesal mencintaimu
Yang ku harapkan
Kau juga mendoakan ku

Ell

Ell

Editor at M Driven Sdn Bhd
A marketing student who suddenly throw himself into a world of entertainment. He start himself zero and now you can call him a hero. Wuuuu!

60 Comments

  1. ibu love izzul & iman says:

    Be strong girl!!! x semua apa yg kita inginkan di dunia ini akan kita dapat,,sekarang Allah turunkan ribut petir buat kita kerana nanti Allah nak beri kita pelangi yang indah…Kuat kan hati n semangat,, ibu sentiasa sokong shila dari dulu sampai skrg…

    (0)
    • Olga says:

      ALAHAI! KATA DH MOVE ON! TP TENGOK LIRIK NAMPAK SGT STILL X MOVE ON! COME ON LA SHILA OI! BE MATURE!

      (0)
      • wanita says:

        putus cinta bukan boleh recover overnight ok. ada yg makan masa berbulan mahupon tahun. lagi pulak if cinta pertama, unforgettable and very painful. biarla dia nak take time to heal herself dgn apa cara sekalipon, janji dia tak mencederakan diri sendiri. biar la nak tulis lagu ke nyanyi ke jerit dr puncak bukit ke be invisible for a few months ke. healing is not a process that you can simply speed up, it takes time

        (0)
      • Yanna says:

        Dear Shila,
        First of all be strong!! In life nothing comes easy!! Love at times can be really cruel! If your destiny with Sharnazz was meant to be!! Trust me God will let it be done!! Yes, our parents ar time will have something to say but trust me if God wants it to be done it will be done!! Maybe now it’s just not the right time for all of these! U have to move on and sharnaaz will have to move on too!! Just pray alot!! Istigfar alot too!! Insyallah Things will go on well!! To shila and Sharnazz I will pray for the both of u too!!!

        (0)
  2. siput says:

    admin..knape letak pic shila tanpa hijab? sian shila..jgn dibuka lg aib yg lalu..kan byk admin simpan pic shila pkai tudung kan..pls ye admin

    (0)
    • Nurul says:

      Kepada admin OhBulan,

      Silalah peka dengan sensitiviti umat Islam. Walaupun nak bagi tahu pada semua pembaca yang admin OhBulan ni tidak peka pada sensitiviti umat Islam, setidak-tidaknya hormatlah pada tuan punya diri. Satu Malaysia dah sedia maklum yang Shila sudah berhijab, OhBulan sebagai salah satu portal gossip masih ‘buta’ ke dengan perkara ini?
      Sila ganti gambar ini dengan gambar Shila berhijab.
      Sekian. Terima kasih.

      (0)
    • yg memahami says:

      Setuju. Shila ni dh brhijab. Kasihani la dirinya. Tlg la peka sket wahai tuan admin.

      Buat Shila,
      Sy amat memahami hati anda. sy juga sedang terluka pada sebuah perkahwinan. Bersabarlah Shila. Luahkan pada yang Esa. Hanya Allah Maha Mengetahui yg terbaik buat kita. Kadang2x kita benci apa yang terjadi tapi akhirnya ia akan berubah menjadi yg baik. Percaya pada Qada & Qadar. Ada hikmah Shila. Sabarye. Sy bukan antara peminat Shila yg xsuka Shila brkasih ngan Shahnaz. Tapi suma ni ketentuan. Luahkan rasa syg kerinduan kita pd Allah.

      (0)
  3. Finazaman says:

    Very soulful & sincere…

    (0)
  4. sadis says:

    aduiii kesiannya baca lirik lagu nih, ternyata shila syg sgt kat cinta hatinya. ” Yang Mengenalmu Cuma Aku “. Ye lah org lain mana tau, tau melalui media je, shila yglebih tahu sharnazz tu mcm mana. Insyaallah kalau itu yg terbaik tuk shila, ND Lala buat mcm mana pun korang akan tetap bersatu…kalau bukan yg terbaik, masing2 kena redho lah yer…

    (0)
  5. adah says:

    shila kan da bertudung…. knpa letak gambar die sume yang dulu2…. tak baik tauu…

    (0)
  6. Sha says:

    Taylor Swift Malaysia…

    (0)
  7. mama says:

    ND Lala Buka lah mata tu…sementara ada orang nak anak dara enko…kang dah jadi FF enko main sapu saja pulak…

    (0)
  8. Brutal Mom says:

    Dlm hal ini, yg tersepit dan terhimpit ialah shila, yg menerima nya pun shila. sharnaaz bukanlah biadap seperti yg di bayangkan, cuma sebagai orang muda mungkin sharnaaz terlalu lantang dlm menyuarakan pendapatnya, tapi saya tabik dgn sikap org tua sharnaaz yang tidak turut melatah sama dlm hal ini. Dari mula, lagi saya kurang faham kenape peminat dan pembaca yg terlebih menghalang dan mendoakan keretakkan hubungan shila dn sharnaaz??!!

    (0)
    • seri perantau says:

      betul tu…saya sgt2 setuju. shila yg tersepit..dan paling saya menyampah bila peminat yg over tak suka shila berkwn dgn shaanaz…siapa la kita nak masuk campur urusan mereka. kan ke lebih baik kita mendoakan yg baik2 kpd shila. apa jua tindakan yg dia buat, itu hak dia. hnya disebabkan dia artis, bkn bermaksud dia jd milik peminat sehingga siapa jd pasangan dia semua peminat yg nak tentukan pula. biarla shila yg tentukan hidupnya. beri semangat dan nasihat lbh baik dr mengata dan mencaci dia.

      (0)
  9. Minda says:

    Dunia belum berakhir,
    bila kau putuskan aku…

    (0)
  10. wanita says:

    utk org2 yg relate shila ni ngan taylor swift tu dah dah ler, baru sekali kot dia putus cinta sampai buat lagu, bukan berpuluh puluh kali mcm taylor swift tu. langsung tak sama.
    semoga shila tabah, betul dia mangsa keadaan. and admin, please la letak gamba berhijab. kan dah lama dia berhijab, bukan baru semalam. ape la bukak aib orang, tak cool tau

    (0)
  11. Bicara Hati says:

    sedih, liriknya sungguh terkesan di hati! apakan daya dik, mungkin jodoh tidak tertulis buat kamu berdua. seeloknya lepas ini jangan diberi perhatian lagi pada kisah cinta, sedangkan kisah kerjaya kamu lebih menyerlah. cuma, hentikanlah menujukan lagu buat si dia yang sudah tidak menginginkanmu lagi. andai benar kamu dicintainya sepenuh hati, sudah lama dia pertahankan cinta kamu berdua. cuba kalau selepas ini, tujukanlah pula lagu buat kedua ibu bapa yang membesarkan kamu dengan penuh kasih sayang tak berbelah bahagi. akak yakin shilla boleh jadi jauh lebih berjaya dari sekarang.

    (0)
    • Eve says:

      ~yup… stuju sgt dgn bicara hati…~

      be strong shila… ! semua yg berlaku ada hikmah disebaliknya… insha allah..

      (0)
  12. bella says:

    gone..its all gone now.be tough my girl.it’s not the end of the world.

    (0)
  13. pemerhati says:

    ntah… knape letak gambar x bertudung…. x sensitif langsung…

    (0)
  14. fairnsquare... says:

    huhu…touchingnye dengar lagu…bleh rasa kesedihan yg diAlami..Shila Be strong girl…;)

    (0)
  15. oh bulan bangang says:

    naper bangang sangat letak gamba yg terdedah aurat dia? xde agama ker?

    (0)
  16. Qienabahney says:

    Best lgu niee..pndai shilaa …sbar jaa laa ..dont be sad

    (0)
  17. Shikin Hamzah says:

    Apa2 pun….Shila telah mengambil keputusan yg sgt bagus…kerna tidak membelakangkan keluarga…itu yg penting…ibubapa adalah hidup kita yg sebenarnya sbb bila kita jatuh…ibubapa yg akan dahulu menyambut kita….so ingat IBUBAPA tu penting sgt dlm hidup kita…..hilang kawan atau BF masih ada pengganti tetapi hilang IBUBAPA tiada penggantinya…hidup mesti diteruskan…go SHILA…

    (0)
  18. Enter your name... says:

    kuangkuang..apa jak la..ini yg mereka nak..taylor swift malaysia konon…dr dulu mmg suka copycat org..yg peliknya..cepat nya dia buat lagu utk shananas..cantek la!lepas ini ape ek..

    (0)
  19. zufa says:

    ksian shila & shaarnaz…bukan shaarnaz xsayang shila..tpi dh abah shila xsuka..jadi lebih baik dia undur diri..pe pun kami doakan yg terbaik untuk kalian berdua..percaya dengan qada’ & qadar’ sekiranya ada jodoh sejauh mana pn akan diketemukan juga…

    (0)
  20. zoro says:

    entah apa2 la pompuan ni…mula2 buat surat terbuka, lepas tu video mata merah, skrg lagu sentap pulak. orang lelaki lebeh cool bila frust, memang patot pon sharnaz reject dia ni..

    (0)
  21. biskut tawar says:

    itu ciptaan tuhan la ngok..ko kutuk muke die mcm tu sama la ko hina ciptaan tuhan!!

    (0)
  22. Jon says:

    lepas ni mohon shila hamzah buat lagu ‘Pulangkan passportku abah’..
    i’ve figured out this whole thing..nd lala xbagi kawen sbb dia nk exploit (bace milk the cow) out of her daughter..mmg xbleh pcaye kaki mLm mcm nd lalat tu

    (0)
    • zoro says:

      stuju je dgn jon, anak dia tu lombong mas, dia tak pandang la shanaz plakon besa je baru nak naik. bab tu dia halang habis2an. lagi satu hal..pompuan tu sedeh giller2 apa hal…apa yg shanaz da buat kat dier?????

      (0)
      • zoroy says:

        sedeyla wey berpisah ngan cinta hati…org masih syg lagi lainla berpisah sebab dah benci..ape da.

        (0)
      • wanita says:

        shila sedih sangat sbb putus cinta la. apekah soalan “apa yg shanaz da buat kat dier?”. putus cinta tu sangat sakit, lagi pulak bila putus sbb tersepit jd mangsa keadaan. bukan sbb shanaz tu curang ke, or relationship dah basi ke. lagi pulak rasanya derang dah start bincang pasal nak nikah, tetiba cancel tgh jalan.

        (0)
  23. benciretis says:

    tlg la stop drama2 ni.ni la retis msia, kualiti tak seberapa, gossip je lebeh..sedeh!

    (0)
  24. Azila Ateeqa says:

    it’s not wrong to love somedody..tp kena terima qada’dan qadar..
    Allah swt beri apa yang kita perlu, bukan apa yg kita mahu
    i am not her fan, but i really hope she can move on n start a new life.

    (0)
  25. sun_sweet says:

    sakit a wey ptus cnte..pape pn hrap shila lbh tabah..ibu ayah adlh insan t’baek dlm hdup kte..rmai lg llaki yg lbh baek dr sharnaaz..b strong girl

    (0)
  26. zarina says:

    semoga shila & sharnaz dapat bersatu kembali, insyaallah… amin, kalau dah jodoh tak ke mana, berdoalah mohon kepada Tuhan yg maha esa

    (0)
  27. nana kassim says:

    Salam Shila,
    You have made a right decision of not continuing the relationship with him. You know your family better and usually they are concern and will be overprotective of the wellbeing of their child. Listen to them and you will end up a better person.

    (0)
  28. Shilah NDLalat says:

    Kisah Shila sama mcm kisah aku dulu.. My first love.. Dia dah kawen.. Aku plak sampai skg single.. Kalau org x rasa mmg sng jer ckp mcm mcm2.. Pada diri sendiri yg menanggung.. Patahnya hati makan bertahun2.. Buat masa ni..aku sangat faham apa yg Shila dan Sharnaaz rasa.. Sedih..rindu..tu hanya Allah yg tahu.. Betapa sukarnya nak menempuhi hari2 yg datang.. Kesian kat couple nie.. Aku tau betapa Sharnaaz n Shila menyayangi each other.. Sabarlah dik.. Be very strong to both of you.. Kita sayang seseorg tak semestinya berakhir di jinjang pelamin.. Simpan la semua kenangan tu dalam hati ok.. So sad..

    (0)
  29. mat says:

    Aku xrasa yg shanaz cinta dah kat dia.mybe dia dah naik takut dgn obses shila kat dirinye tuh.cam pysco lak.

    (0)
  30. sudah cukup sudah says:

    pasni dpt bf bru wt lagu utk bf baru ye huhu

    (0)
  31. HarusBagaimanaLagi says:

    “Darwis Tere Liye
    “”Aku harus menyibukkan diri. Membunuh dengan tega setiap kali kerinduan itu muncul. Ya Tuhan, berat sekali melakukannya…. Sungguh berat, karena itu berarti aku harus menikam hatiku setiap detik.”

    –novel “Sunset Bersama Rosie”, Tere Liye””

    (0)
  32. NNz says:

    Sakit telinga lak gua dengar lagu ni beb… lagu cintan cintun yg tak dpt restu keluarga gua tak suke beb… dah si mamat tu poyo… habis semua poyo dah….

    (0)
  33. Sya says:

    shila ni kan dah pakai tudung kenape mesti letak gmbar die yg tak pakai tudung??

    (0)
  34. aku says:

    Nampak murahan..please la..jgn buka semua rahsia hati pd public..especially awak perempuan

    (0)
  35. power rangers PINK :P says:

    ini semua POYO….
    admin susa sngat ke nak cari gmbar shila yg dah berhijab???? kat google kan berlambak…ape lah ko ni admin….nnti x pasal2 shila saman ko….baru padan muka ko

    (0)
  36. SHUHA says:

    aku pun pernah putus cinta gak.tapi betul la memang susah nak lupakan cinta pertama,lebih2 lagi aku putus tunang tu lagi sakit…oarang yang kita sayang pilih orang lain.bekas tunang aku dah kawin dan beranak pinak tapi aku masih lagi single.walaupun lebih 10 tahun berlalu aku masih tak lupa. tapi Shila ,you must strong girl.

    (0)
  37. Cat Razzman says:

    PAK ND LALA berila peluang bagi mereka Shila/ Shanaaz.. They deserve for 2nd chance. Jadikan iktibar untuk mereka memperbaiki diri. Manusia tidak sempurna & tak lari dri membuat kesilapan. Jika Shila kawin selepas ini belum tentu bahagia. Org berkawin pn bole bercerai. Jodoh ketentuan Tuhan kita berusaha, berdoa & bertawakal.. sahaja.
    Harap dapat duduk semeja berbincang, Setiap hati perlu di jaga, ibubapa dll. Yg menjadi mangsa Shila.
    Setiap masalah misti ada penyelesaian. So BEST OF LUCK.. !

    (0)