berita

Shout Awards 2012 Bakal Dimeriahkan Dengan 2 Kumpulan K-Pop, Nu’est & Vixx

November 1st, 2012 | by Ai
Kini Trending

Tidak pernah menghampakan para penonton dan peminat, Shout Award 2012 kali ini tampil lebih menarik apabila pihak penganjur bakal membawa dua kumpulan K-Pop dari Korea iaitu Nu’est dan Vixx.

Anugerah yang akan diadakan pada 23 November ini bakal menyaksikan persembahan-persembahan yang hebat dari artis seperti Yuna, Goldfish & Blink, Altimet, Kyoto Protocol, Go Gerila!, Liyana Fizi dan juga banyak lagi. Tak cukup disitu, para penyampai anugerah juga turut dipilih dari selebriti-selebriti terkenal seperti Yuna, Jason Lo, Marsha Milan Londoh, Sharifah Amani, Sharifah Aleya, Farid Kamil, Dan Khoo, Izara Aishah dan ramai lagi.

Pada 11 November juga, pesta Shout! Movement akan diadakan untuk menyambut ‘Muzik, TV, Filem, Fesyen & Seni’ bertempat di Publika, Solaris Dutamas bermula jam 9 pagi. Antara individu-individu penting yang akan turut terlibat termasuklah Dato’ Tom Abang Saufi, Dain Said, Reza Salleh, DJ Fuzz, Kix, Linda Jasmine dan ramai lagi.

Namun, seperti yang OHBULAN! katakan, apa yang bakal menarik perhatian ialah persembahan artis K-Pop iaitu Nu’est dan Vixx yang sememangnya dinantikan oleh para peminat di Malaysia pada majlis anugerah Shout! Awards yang akan berlangsung di Surf Beach @ Sunway Lagoon dan ditayangkan secara langsung di saluran 8TV bermula jam 8.30 malam.

Jom layan lagu dari kumpulan Nu’est dan Vixx selepas ini.

Nu’est – Action

Vixx – Rock Ur Body

SKIP THIS AD ×