Laman Utama » Berita Terkini

Tahniah buat Shuib Sepahtu dan Siti Sarah Raissuddin kerana baru sahaja menerima kelahiran putera sulung mereka sekitar jam 10 pagi semalam.

Dipetik dari laman hiburan Murai, Uwais Alqarni Shahmira, selamat dilahirkan secara pembedahan di Hospital Ampang Puteri selepas Siti Sarah dimasukkan ke bilik bersalin pada jam 8 malam Sabtu lalu.

Shuib yang menyaksikan sendiri isterinya itu bertarung dengan kesakitan sebelum melahirkan sehinggalah selamat melahirkan Uwais, mengakui terbit rasa insaf dan bangga.

Shuib juga menyifatkan kehadiran cahaya mata lelaki berkenaan seakan tuah buat mereka berdua pada masa kini dan akan datang.

“Saya sangat gembira dengan kelahiran ini. Dialah tuah buat saya dan Sarah untuk 2011. Kehadiran putera sulung ini memberikan saya inspirasi dan semangat agar lebih maju pada masa akan datang terutama untuk tahun 2012,” ujar Shuib lagi

Kredit foto Uwais Alqarni daripada laman hiburan Gua.com.my

Respon Pengomen Tegar Tersayang

Ini adalah blog awam. Komen yang tidak sesuai akan dipadamkan. Sila baca polisi Syarat Interaksi Komen. Dengan meninggalkan komen, anda telah pun bersetuju dengan polisi tersebut. Semua komen terikat dengan undang-undang kerajaan Malaysia. IP anda akan dilog untuk tujuan undang-undang.

Lagi Artikel OHBULAN!

6 Foto ‘Honeymoon’ Terbaru Fasha Sandha & Jejai