berita

Si Jelita Merah Menyala!

August 17th, 2012 | by Ai
Make-It-Senang

Warna amat penting dalam kehidupan kita memandangkan ia sentiasa mempengaruhi kita dalam kehidupan seharian. Penggunaan warna ini juga mampu memberikan ‘mood’ kepada si pemakai serta tanggapan individu lain. Merah, apabila memperkatakan tentang warna merah pasti di kotak pemikiran anda memberi makna kekuatan, kemarahan, kebencian, keberanian, semangat dan isyarat. Malahan, warna merah juga popular dikaitkan di kalangan wanita. Pengguna warna merah menjadi pilihan ohbulan kini adalah :-

Si cantik pasti kelihatan mempersonakan dan agresif apabila menggayakan pakaian daripada warna yang berani.

Hasil pemilihan warna yang meriah, melambangkan personaliti si cantik tersebut. Menggunakan baju polos tanpa lengan dengan warna sedikit lembut dari butik Romwe dipadankan pula dengan skirt pendek berwarna merah pekat daripada Beginning Boutique mampu menampilkan si gadis dengan sifat ceria.

Hasil gabungan tersebut dikombinasikan dengan beg , aksesori dan kasut yang menarik mampu menyerlahkan kesempurnaan si gadis dalam penggayaan.

Retro dalam kemodenan menampilkan gadis ala-ala retro yang menyelitkan unsur moden dalam penggayaan. Pemilihan‘dress’ pendek merah daripada Chicwish dengan jahitan kembang ditangan tidak ubah seperti zaman dahulu.

Dengan gabungan ‘scarves’ dan beg coklat daripada Michael kors ini membuktikan pemilihan warna merah mampu digayakan dengan semua rona warna. Si cantik pasti kelihatan sempurna dengan kombinasi tumit tinggi daripada Buffalo ini.

‘Gorgeous’ dan ‘sexy’ penampilan yang pasti menjadi pilihan si cantik. Walaupun ringkas bergaya, namun masih kekal glamor dengan dress pendek daripada butik Stradivarius ini.

Digabungkan dengan tali pinggang besar dan kasut tinggi merah menawan daripada butik yang sama menonjolkan personaliti menarik bagi si cantik.

Hasil gabungan beg bimbit daripada Mango ini memberikan inspirasi kecantikan yang sempurna kepada si pemakai.

Tampil santai dan menawan dengan warna hong iaitu warna merah dalam bahasa cina yang juga memberikan tuah bagi si cantik.

Dengan menggunakan skirt labuh merah lembut daripada Mango ini memberikan lambang kegembiraan dan sinar kecerahan dalam kehidupan si cantik.

Hasil gabungan skirt labuh tersebut di padankan dengan tali pinggang dari Hoss Intropia memberi dorongan kepada keadaan yang lebih positif pada si cantik. Aksesori tambahan seperti beg dan rantai menjadi pelengkap yang sempurna bagi si gadis.

Tampil ranggi dan ‘vogue’ dengan skirt pendek dan kemeja –T daripada Pull & Bear yang mampu diserlahkan dengan keranggiannya.

Hasil gabungan tersebut dikombinasikan dengan jaket menarik daripada Zara untuk kelihatan sempurna.

Penggayaan tersebut dikombinasikan lagi dengan aksesori menarik seperti beg tangan besar dan kasut tumit tinggi halus dalam menyampaikan identiti diri untuk tatapan si jejaka. Pasti anda kelihatan menawan dengan gaya tersebut

SKIP THIS AD ×