berita

‘Siapa Sangka Dia Suamiku’- Putus Cinta 2 Kali, Berpisah Kerana Sambung Belajar.. Semuanya Berbaloi Bila..

February 13th, 2016 | by Ash Nordin
Kini Trending

satu

Jodoh terletak di tangan Tuhan, kalau orang yang kita sayang itu memang terbaik untuk kita pastinya segalanya dipermudahkan. Tapi biasa lah, dalam percintaan ni macam-macam kita kena hadap. Bila mula bercinta bahagia je.. Bila ada masalah gaduh macam apa lagi.

Macam pasangan ni mereka baru sahaja berkahwin. Tapi untuk sampai tahap mendirikan rumah tangga, banyak benda yang mereka harungi. Putus cinta dah berkali-kali tapi dengan izin Allah S.W.T mereka disatukan juga akhirnya. Betul lah orang kata ‘Kalau jodoh tak ke mana’.

Putus cinta 2 kali..

Screen Shot 2016-02-13 at 3.18.17 AM

Siapa sangka dia suamiku.. Kali pertama kenal masa tingkatan 2, kenal dah 8 tahun sampai skrg, putus di tengah jalan 2 kali, kali pertama putus dengan harapan akan jumpa balik, jumpa balik kali kedua, bersyukur dia masih ada, tapi segalanya di tangan Allah, putus kali kedua dengan keyakinan tiada harapan lagi dgn dia lepasni.

Bertunang pada 2015 tapi berpisah juga sebab..

Screen Shot 2016-02-13 at 3.18.01 AM

Beberapa tahun berlalu, tanpa diduga tahun 2014 kami ditemukan kembali & tidak bercinta seperti dulu, malah dia datang untuk merisik, terfikir adakah ini juga petunjuk bahawa dia mmg untuk ku setelah 2 kali kami putus, alhamdulillah, dgn kuasa Allah, kami bertunang tahun 2015, dlm tempoh bertunang, kami terpaksa berpisah keran aku belajar di perantauan dan dia masih bekerja di Malaysia.

Akhirnya berkahwin!

Screen Shot 2016-02-13 at 3.18.44 AM

3 bulan berlalu, dia juga mendapat tawaran belajar di tempat yang sama dgn aku, alhamdulillah dia semakin hampir dgn ku, setahun selepas bertunang, kami ditakdirkan berkahwin pada tahun ini 2016. Walau pun pada awalnya merancang untuk bertunang 2 tahun. Allahuakbar.

Terima kasih Allah..

Screen Shot 2016-02-13 at 3.19.13 AM

Allah Maha Besar. Allah sebaik/ baik perancang. Allah.. Terima kasih Allah kerana satukan kami semula. Sungguh dia satu satunya lelaki yang mengenali diri aku luar & dalam, yang mendidik aku menjadi lebih baik, yang selalu menegur kesalahan aku secara lembut, yang selalu ada sehingga hujung nyawa. In shaa Allah. Amin. Sayang awak syurga saya..

Sumber: Instagram Shatirah Shazwan

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×