Laman Utama » Antarabangsa

Setelah hampir lebih setahun menyulam cinta dan mengenali hati budi masing-masing, pasangan selebriti Yusry Abd Halim dan Lisa Surihani akhirnya mengambil keputusan memeterai hubungan kasih mereka dengan ikatan yang lebih sempurna.
Pasangan sama cantik dan sama padan ini, telah memilih tarikh 23 Februari 2012, sebagai hari bersejarah untuk mereka melangsungkan majlis pernikahan di Hotel Marriot Putrajaya selepas waktu Maghrib.
Majlis resepsi kedua-dua belah pihak pula akan menyusuli secara serentak pada 26 Februari di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dalam majlis yang bakal dihadiri ahli keluarga, para tetamu kenamaan, rakan-rakan media dan selebriti tempatan.
Bersempena dengan majlis perkahwinan pasangan selebriti terkenal yang ditunggu-tunggu ini, Astro dengan bangganya membawa sebuah dokumentari eksklusif dalam 2 episod yang akan menjejaki kisah cinta mereka sejak awal perkenalan sehingga berakhir ke jinjang pelamin, hanya di Astro Ria.
Pengurus Kumpulan Saluran Premium Astro, Encik Nizam Sani berkata, “Kami di Astro khususnya Astro Ria amat berbesar hati untuk meraikan majlis perkahwinan aktres jelita Lisa Surihani dan pasangannya Yusri, seorang penyanyi, pelakon, pengarah dan penerbit muzik yang memegang testimonial pelbagai kejayaan dalam industri hiburan tanahair dengan memberikan paparan eksklusif majlis perkahwinan mereka.
Istimewanya dokumentari yang disiapkan khusus bagi meraikan pasangan pengantin ini ialah apabila ia bakal merungkai rahsia sepanjang percintaan mereka yang belum pernah dikongsi dengan mana-mana pihak sebelum ini.”
Di samping kisah romantik mereka, dokumentari ini juga akan memaparkan setiap detik persiapan perkahwinan, upacara akad nikah dan majlis persandingan.

Episod 1 yang akan disiarkan pada 25 Februari, pukul 10 malam akan meneliti profil pengantin lelaki dan perempuan, kisah cinta mereka daripada kaca mata mereka sendiri serta kenalan dan ahli keluarga, serta persiapan perkahwinan.
Para peminat Yusri dan Lisa semestinya ingin mengetahui secara lebih lanjut tentang detik perkenalan awal mereka berdua. Siapakah yang memulakan langkah pertama dan bagaimanakah reaksi insan-insan yang seharusnya sentiasa rapat dalam kehidupan mereka berdua?
Antara kenalan mereka yang akan ditemubual dalam dokumentari ini ialah seperti kedua beradik Yusry Norman dan Edry, teman-teman rapat, ibubapa termasuk temubual dari penerbit filem David Teo yang telah menggilap bakat Lisa hingga menjadi seorang bintang serta temu ramah bersama wartawan hiburan dan juga rakan artis seperti Liyana Jasmay & Erra Fazira.
Apakah pula perubahan ketara yang ditunjukkan oleh Yusri dan Lisa, apabila kedua-duanya dilamun cinta? Tahukah peminat bahawa temujanji pertama Yusry ialah bersama ibu Lisa, Puan Siti Amira dan bukan anak gadisnya Lisa? Semuanya akan didedahkan di episod pertama dalam dokumentari ini.
Di Episod 2 pula yang akan disiarkan pada 3 Mac 2012 pada pukul 10 malam, dokumentari ini bersambung di upacara akad nikah, persiapan terakhir majlis persandingan, liputan majlis persandingan dan pengakhiran sesi temubual bersama pengantin lelaki dan perempuan tentang perancangan dan harapan masa depan mereka.
Antara paparan menarik yang akan dikongsikan bersama penonton ialah tentang konsep perkahwinan Yusry dan Lisa khususnya tema, makna di sebalik warna serta pakaian yang dipilih mereka. Di satu babak juga, Ibu Lisa akan bercerita tentang kerisauannya kerana Lisa dan Yusry sentiasa sibuk dan banyak perkara yang belum siap.
Untuk terus berkongsi kebahagiaan tentang kisah cinta Yusry dan Lisa, jangan ketinggalan untuk menonton kedua-dua episod dokumentari eksklusif ini hanya di Astro Ria saluran 104 pada 25 Februari dan 3 Mac 2012 pada pukul 10 malam.





OHBULAN!: Siaran Eksklusif Dokumentari Pernikahan Yusry & Lisa Surihani http://t.co/YHiqMcQM” ..Hmm dulu Yusry cerai eksklusif kat melodi je
taniah…1st
Pernikahan Yusry dan Lisa Surihani akan disiarkan di ASTRO Ria… http://t.co/l19n832b
tu dia mesti meriah dan sure ramai yang ternanti-nantikan detik ni…
RT @ohbulancom: OHBULAN!: Siaran Eksklusif Dokumentari Pernikahan Yusry & Lisa Surihani http://t.co/695uDhYO
tu diaaaa…untung yusry..kwinlh 3 4 kali pon..maintain jd wedd of the year..korang mampu..so normiang hakim n memek suhaiza..xyahlh nk prasan korang pnyer wedd grand sgt k..
suke lah x sabar nak tunggu kedua2 episod tu dan yang penting esok gadis idaman ku dah nak kawen dah.sedihnyaaaaaaaaaaaaaaa.
cintakan bunga, bunga kan layu
cintakan manusia, manusia kan mati
cintakan Allah, rumahtangga kan kekal abadi
x kawin lagi dah bebas berpelukan…
Xkawen lagi takpelah xde lengan baju tu and kalau x bertudung ye tak ustazah =))
lisa ni nmpk lemah lembut n sopan jer… tp leh tahan gak miangnya tuh! berani peluk2 yusry secara terbuka… artis oh artis! sama jer… pak dolah ni dh tua, sekadar nk nasihat jelah…
tahniah laa camne skali pun kan…semoga bahgia hingga ke anak cucu :)
harap2 bertahan le..
harap2 ko tu mcm xikhlas jer, tp dr cara ko dressing and style tu mcm ko les…..hahah
Siaran Eksklusif Dokumentari Pernikahan Yusry & Lisa Surihani http://t.co/5UlaTWna via @ohbulancom
nk kawen bagai nk rak wat persiapan….pas tu bila nk berpisah pun bagai nk rak naik trun mahkamah….apa pun diharap semoga kekal bahagia buat yusri dan lisa.. ^__^
hh
tk de siaran lgsung ke utk mjlis akad nikah n resepsi eh??nk sgt2 tgk…sape tau tolong jwb..pleezzzzzzzzzzzz….
takde ke background lain? hambar…
boring ar ohbulan… asyik pasal yusry n lisa jek
tahniah buat lisa n yusri,,moga bahagia hingga ke akhir hayat,,
semoga bahagie! hingga mati kelakkk! berdoa agar tdk berai kali ke2 walaupon wedding meletpo untk kali ke2! awwwwwwwww!
tahnia…selamat pengantin baru kak lisa.
selamat pengantin baru.semoga berbahgia hendaknya…
tak ada urusan ni…wedding of the year la..apa2 la…mengada-ngada betul…