berita

Simbolik Jongkong Emas Kepada Fizo Omar

November 11th, 2013 | by Ai
Kini Trending

MAW_8908_edited

Tidak seperti pasangan pengantin yang lain, Fizo Omar dan isterinya, Mawar telah memberi sentuhan kelainan dalam majlis pernikahan mereka yang berlangsung pagi semalam.

Selain masing-masing menerima sebuah motosikal, Fizo turut menghadiahkan jongkong emas seberat 1.011 kilogram yang berukir ‘Fizo Love Mawar’ kepada isterinya itu.

Artikel berkaitan:

Bagi yang tidak tahu, Fizo telah menyimpan niat untuk memberi jongkong emas tersebut kepada bakal isterinya sejak tiga tahun lalu.

Sebenarnya apa yang saya berikan kepada Mawar tidak seberapa kalau nak dibandingkan dengan perjalanan yang saya tempuh untuk mendapatkannya (jongkong emas).

Ianya adalah simbolik hasil penat lelah saya dalam mengumpul duit termasuklah pernah ditipu sebelum ini. Saya memang berniat untuk memberi emas kepada bakal isteri walaupun pada masa itu saya masih belum tahu dengan siapa saya akan berkahwin.

Berat jongkong emas tersebut yang simbolik dengan tarikh pernikahan mereka (10 November 2013) merupakan tanda penghargaan Fizo kepada Mawar yang sudi menggalas tanggungjawab sebagai seorang isteri kepadanya.

MAW_8827_edited

Sementara itu, Mawar yang kelihatan cukup cantik di hari bahagianya mengakui telah bersedia untuk menghadapi dunia penuh populariti Fizo.

Saya sedar Fizo dikenali ramai dan saya sudah bersedia sekiranya terkena tempias kontroversi atau publisiti mengenainya selepas ini. Dalam masa enam bulan kami berkenalan, sudah cukup buat saya mempercayai Fizo lebih daripada apa yang diperkatakan oleh orang luar. Malah saya lebih suka bertanya kepadanya sendiri jika terjadi sesuatu

Dalam masa yang sama, pasangan pengantin baru ini tidak menolak sekiranya dikurniakan anak dalam masa terdekat kerana Fizo gemarkan kanak-kanak sejak dari dulu lagi.

Untuk makluman anda, Fizo dan Mawar akan terbang ke negara-negara Eropah dalam masa terdekat ini selama tiga minggu untuk berbulan madu.

SKIP THIS AD ×